Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
   CPO : RM 2,132.50 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Umum Felda Mengenai Felda
mengenai felda
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas - Akta 530) dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.
 
 
Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 ditempatkan di 317 buah rancangan di seluruh negara. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1996 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan operasi kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV). Untuk memastikan pertambahan pendapatan Warga Peneroka dan petugas-petugas FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan, yang pada mulanya juga terlibat dalam operasi bersama FELDA Holdings. Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA telah juga menubuhkan FELDA Investment Corporation (FIC).
 
Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf  sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka. Seterusnya di rancangan,  FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program usahawan, tanaman-tanaman buah dan sayuran serta ternakan (dibawah Gedung Makanan Negara) di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Visi FELDA adalah untuk menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif sambil menjalankan misinya iaitu menambah nilai untuk kepentingan peneroka.
 
Poster wilayah felda
Kaji Selidik Portal