Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
   CPO : RM 2,106.50 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Peneroka Sumbangan Sosioekonomi Pendidikan Program Pembangunan Sekolah Kem Tunas Gemilang Pelajar Cemerlang FELDA SPM 2018

Kem Tunas Gemilang Pelajar Cemerlang FELDA SPM 2018

Objektif 
  • Meningkatkan semangat, motivasi dan keyakinan diri untuk terus menjadi pelajar cemerlang di peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.
  • Mengenalpasti potensi bidang-bidang pengajian dan kerjaya yang bersesuaian dengan minat/kecenderungan, kebolehan dan pontensi diri serta mempunyai prospek masa depan yang positif.
  • Memperkukuhkan mindset, wawasan diri dan menyusun pelan tindakan kecemerlangan dalam diri sebagai generasi baharu FELDA yang berjaya
  • Memperkukuhkan jati diri sebagai anak FELDA yang berjaya dan mampu berbakti kepada keluarga, agama,bangsa, Negara dan komuniti FELDA
Kumpulan Sasar 
  • FELDA melalui Jabatan Pendidikan, dan Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) telah mengadakan Program “Kem Tunas Cemerlang FELDA SPM 2018”
  • Kem ini disertai oleh 85 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang 7A ke atas (79 pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di rancangan FELDA dan 6 orang pelajar dari Asrama Semai Bakti FELDA).
  • Sumbangan ini ditaja oleh pihak YAPEM.
Impak/Output 
  • Pelajar menunjukan semangat, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi serta mengenalpasti potensi diri dalam bidang pengajian yang sesuai selepas menghadiri Kem ini. Pelaksanaan kem ini bertempat di Universiti Putra Malasyia (UPM), Serdang Selangor.

  • Penginapan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSAS), UPM

 

Kaji Selidik Portal