Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
   CPO : RM 2,106.50 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Peneroka Sumbangan Sosioekonomi Pendidikan Program Pembangunan Sekolah Program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Warga Felda

Program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Warga Felda

Objektif 
  • Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM 2019 dengan menggunakan teknik dan cara menjawab dengan lebih sistematik daripada guru pakar yang terpilih dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
  • Pihak pengurusan FELDA, YAPEM, KPM, JPN, PPD Wilayah FELDA, Rancangan, sekolah, kaunselor, ibu bapa, NGO, JKKR dan juga lain-lain institusi kepimpinan akar umbi FELDA telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini.
Kumpulan Sasar 
  • FELDA melalui Jabatan Pendidikan, dan Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) telah mengadakan Program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Warga FELDA melibatkan pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 5 2019 di FELDA Wilayah.
  • FELDA Wilayah Raja Alias terpilih sebagai wilayah projek rintis dan pelaksanaan diteruskan ke FELDA Wilayah Jengka, Terengganu dan lain-lain wilayah.
Impak/Output 
  • Bagi memastikan program ini mampu mencapai objektifnya, satu sesi dialog interaktif bersama ibubapa dan juga pengurusan sekolah diadakan di penghujung program selepas selesai sesi bersama calon UPSR dan SPM 2019.
  • Sesi dialog interaktif ini bertujuan untuk membincang penambahbaikan pendidikan pelajar terutamanya calon UPSR dan SPM 2019.
  • Pelaksanaan sesi ini juga mampu memberi kesan dan impak agar pelajar-pelajar tersebut mampu berada di tahap yang lebih berjaya daripada tahap sekarang di samping meningkatkan pencapaian akademik sekaligus melonjakkan kelestarian kejayaan pendidikan generasi baharu FELDA .

Program Siri 1 FELDA Wilayah Raja Alias- Calon UPSR 2019 (7 Mac 2019)

 

Program Siri 2 FELDA Wilayah Jengka- Calon SPM 2019 (18 April 2019

Kaji Selidik Portal