Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
   CPO : RM 2,750.00 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Peneroka Sumbangan Sosioekonomi Komuniti

Pusat Literasi Keluarga (PLK)

Program pendidikan awal kanak-kanak di FELDA bermula pada tahun 1970an melalui penubuhan Pusat Literasi Keluarga (PLK). Antara objektif utama aktiviti di PLK ialah merangsang minda kanak-kanak kepada pembelajaran melalui kaedah bacaan awal yang dapat meningkatkan pusat perbendaharaan kata kanak-kanak dan secara tidak langsung memberi keyakinan diri mereka berinteraksi dengan lebih baik.

Selain itu, kaedah bercerita juga digunakan bagi menarik minat kanak-kanak seterusnya dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri kanak-kanak. Aspek pembangunan fizikal, mental emosi dan intelektual juga diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak di PLK. Program ini melibatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. PLK beroperasi tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu selama tiga jam iaitu bermula pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Program PLK kebanyakannya diadakan di bangunan GPW, JKKR, Balairaya dan Bilik Bacaan Rancangan yang diubahsuai bersesuaian dengan pendidikan awal kanak-kanak. Tenaga pengajar atau lebih dikenali dengan nama penggalak pembaca terdiri daripada sukarelawan daripada kalangan isteri peneroka yang berminat dan berkebolehan. FELDA telah menyediakan peruntukan tahunan untuk membiayai elaun Penggalak Pembaca.

Selain itu, FELDA turut memastikan kemudahan luaran dan dalaman untuk keselesaan kanak-kanak diutamakan dengan memberi bantuan alat pembelajaran seperti bahan bacaan dan peralatan, alat permainan luar serta bantuan pembaikan bangunan PLK.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu pendekatan FELDA dalam memantau golongan OKU mendapatkan kemahiran program pemulihan dan pembangunan orang kurang upaya (OKU). Program di PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian.

PDK dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Mesyuarat (JKM) dan penglibatan keluarga serta masyarakat setempat FELDA dalam memberi bantuan menyediakan bangunan dan peralatan yang bersesuaian. Sebagai agensi Kerajaan yang berperanan dalam pembangunan Komuniti, FELDA telah menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai elaun guru PDK lantikan oleh FELDA dan pembantu, menyediakan peralatan dan alat bantu pembelajaran, bantuan pengangkutan OKU ke PDK, bantuan baikpulih atau binaan bangunan PDK serta kursus atau bengkel kepada pendidik dan OKU.

Bazar Wakaf FELDA 10.5

Bazar Wakaf FELDA 10.5

Laporan Data Maklumat Keluarga Peneroka FELDA 2012

Laporan Data Maklumat Keluarga Peneroka FELDA 2012

Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga

Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (Buku 1)
Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (Buku 2)
Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (Buku 3)
 
 
Kaji Selidik Portal