koporat


Bahasa / Language


Font Size

W3C

Wilayah Terengganu

Pembangunan FELDA Wilayah Terengganu bermula di FELDA Chalok pada tahun 1957 seluas 1646.23 hektar yang menempatkan peneroka seramai 403 orang keluarga.

 

Sebanyak 20 buah rancangan berpeneroka diurustadbir oleh Wilayah ini, melibatkan semua daerah di Negeri Terengganu kecuali daerah Marang. Rancangan yang terlibat ialah Tenang Besut dan Selasih terletak dalam daerah Besut, Chalok dan Chalok Barat terletak dalam daerah Setiu, Belara dalam daerah Kuala Terengganu, Bukit Bading, Tersat, Mengkawang dan Jerangau Barat terletak dalam daerah Hulu Terengganu manakala Jerangau, Kerteh 1, 2, 3 dan 4 terletak di daerah Dungun dan terakhir Kerteh 5, Kerteh 6, Seberang Tayor, Cerul, Neram 1 dan Neram 2 terletak dalam daerah Kemaman.

 

Pembangunan rancangan berpeneroka yang terakhir di FELDA Wilayah Terengganu ialah FELDA Cerul pada tahun 1979 serta penempatan peneroka terakhir pada tahun 1988 menjadikan pembangunan ladang keseluruhan FELDA Wilayah Terengganu seluas 33,647 hektar dan menempatkan peneroka seramai 7,459 keluarga peneroka dan sehingga kini jumlah warga FELDA seluruh Wilayah Terengganu seramai 86,237 orang.

 

Pejabat Pentadbiran FELDA Wilayah Terengganu yang asal terletak di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu yang kini tapaknya dijadikan Hotel Residence FELDA. Pejabat Pentadbiran berpindah di tapak baru pada tahun 2008 di Komplek Pejabat FELDA Wilayah Terengganu, di Lot 10262 seluas 4.25 hektar di Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu sejauh 15 km dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur yang moden saperti bangunan pejabat, perumahan petugas, surau, tempat latihan serta asrama dan bangunan kedai.

 

Sehingga kini jumlah petugas (sehingga Februari 2013) yang sedang berkhidmat di FELDA Wilayah Terengganu seramai 205 orang meliputi kakitangan Pengurusan dan Profesional dan Sokongan.

 

Senarai kawasan Parlimen dan ADUN yang terlibat di FELDA Wilayah Terengganu sebanyak enam kawasan Parlimen dan sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Parlimen meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Dewan Undangan Negeri meliputi Hulu Besut, Jabi, Langkap, Tepoh, Ajil, Bukit Besi, Paka, Kemasik dan Air Putih.

 

Sejarah dan kronologi penempatan Pengurus Besar Wilayah yang pernah bertugas dan menguruskan Wilayah ini adalah seperti berikut:

Bil

Nama

Tahun Pentadbiran

Jawatan

1

Tg. Farik bin Tg. Husin

1965 - 1966

Setiausaha Cawangan

2

Abdullah bin Yusof

1966 - 1968

Setiausaha Cawangan

3

Abd. Hamid bin Samad

1968 - 1972

Setiausaha Cawangan

4

Ramli bin Osman

1972 - 1974

Setiausaha Cawangan

5

Mohamad bin Abd.Rahman

1974 - 1975

Setiausaha Cawangan

6

Ismail bin Mohamad

1975 - 1977

Pengurus Kawasan

7

Rosman bin Hashim

1977 - 1984

Pengawal Wilayah

8

Y.M.Raja Abd.Rahman bin Raja Ismail

1984 - 1989

Pengawal Wilayah

9

Tormodi bin Hj. Zainuddin

1989 - 1993

Pengarah Pembangunan

10

Hj.Addnan bin Din

1993 - 1995

Pen.Pengarah Pembangunan

11

Hj.Shaharuddin bin Abd. Majid

1995 - 1998

Pengurus Besar Wilayah

12

Abu Bakar bin Abdullah

1998 - 1999

Pengurus Besar Wilayah

13

Mohd Nor bin Kailany

24.1.2000 - 2.3.2003

Pengurus Besar Wilayah

14

Hj. Yahya bin Lim

16.3.2003 - 31.3.2005

Pengurus Besar Wilayah

15

Datuk Faizoull bin Ahmad

1.4.2005 - 31.12.2009

Pengurus Besar Wilayah

16

Abd. Malib bin Abd. Rani

01.1.2010 - 31.10.2012

Pengurus Besar Wilayah

17

Mohd Helmi Fakhzan bin Abd Wahab

1.11.2012

Pengurus Besar Wilayah

PENEROKA

AWAM

KAKITANGAN

Tender

Stock

 Last updated : 2 August 2013

FBMKLCI 1798.83 +7.29
FGV 4.49 -0.02
MSM 5.00 -0.03

pd fgv felda holding-01 pd kpf majlis belia-01 pd fufc pd asrama pd yf pd hf pd sk pd sv