koporat


Bahasa / Language


Font Size

W3C

Jabatan Sumber Manusia

Jabatan Sumber Manusia FELDA berperanan menguruskan petugas yang merupakan modal insan FELDA merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan pengambilan, kebajikan, latihan dan persaraan petugas. Sumber Manusia bertanggungjawab membina satu kumpulan individu yang bertindak secara efektif di dalam lingkungan kepakaran masing-masing dan bertindak balas secara fleksibel  terhadap perubahan seterusnya bergerak sebagai satu pasukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik selari dengan pelan transformasi yang dilaksanakan.


Melahirkan petugas berkompetensi yang lengkap dari sudut pengetahuan, kemahiran dan sikap positif merupakan matlamat sumber manusia melalui latihan dan pembangunan yang berterusan. Penerapan budaya FELDA dalam kalangan petugas terutamanya pelapis baru merupakan tumpuan utama sumber manusia.

 

Fungsi dan Peranan

Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
1

Pengambilan dan Penempatan Petugas

    • Penempatan petugas akan sentiasa diselaraskan mengikut norma penempatan yang ditetapkan bagi memastikan aktiviti dan fungsi jabatan/ wilayah/ rancangan dapat diuruskan dengan baik.
    • Pertukaran petugas diadakan khusus bagi petugas-petugas yang telah lama berkhidmat di satu-satu tempat ke tempat yang baru dan melaksanakan tugas yang baru (Jobs) Rotation selaras dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya petugas.
    • Mengkaji keperluan stuktur dan jawatan-jawatan baru selaras dengan keperluan dan perkembangan fungsi semasa bagi kemajuan kerjaya petugas.
    • Melaporkan status penempatan petugas kepada sumber manusia di peringkat wilayah.
    • Memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia petugas yang layak untuk ditukarkan ke tempat kerja baru selaras dengan kaedah Job Rotation
    • Memaklumkan kepada Jabatan keperluan di peringkat wilayah.
    • Melaporkan status penempatan petugas di rancangan kepada wilayah.
    • Memaklumkan kepada wilayah petugas yang layak untuk ditukarkan  ke tempat kerja baru untuk proses  job rotation.
    • Memaklumkan ke peringkat wilayah keperluan di peringkat rancangan .
     2 

     Pengesahan Jawatan dan Kenaikan pangkat

      • Urusan kenaikan pangkat petugas akan dilaksanakan berdasarkan penilaian terhadap keupayaan seseorang petugas, prestasi, penilaian khas, kekosongan jawatan serta kekanan dalam perkhidmatan
      • Menghantar laporan prestasi tahunan petugas wilayah kepada ibu pejabat.
      • Memberi cadangan nama petugas yang layak untuk dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
      • Menghantar maklumat prestasi & penilaian ke wilayah.
       3

       Sistem Penyampaian

      • Menambah baik sistem penyampaian melalui meningkatkan mutu perkhidmatan, layanan kepada pelanggan dan bertindak secara efisien
      • Memastikan dasar & matlamat yang ditetapkan dilaksanakan di peringkat wilayah.
      • Memastikan dasar & matlamat yang ditetapkan dilaksanakan di peringkat rancangan.

      Pengurusan Prestasi

      • Mentoring & Coaching
      • Ganjaran kepada petugas
      • Pengurusan Petugas berprestasi rendah.
      • RGM mengambil peranan sebagai mentor
      • Memberi cadangan nama petugas yang layak di peringkat wilayah untuk diberi ganjaran kepada sumber manusia. Contoh : Anugerah Petugas Terbaik.
      • Anugerah Semai Bakti. Memantau petugas yang berprestasi rendah di peringkat wilayah.
      • Pengurus mengambil peranan sebagai mentor
      • Memberi cadangan nama petugas yang layak bagi berpeluang menerima ganjaran.
      • Memastikan KPI rancangan sentiasa dicapai.
      • Memantau prestasi petugas yang berprestasi rendah di rancangan.
      PENEROKA

      AWAM

      KAKITANGAN

      Tender

      Saham

       Kemaskini Terkini : 25 Mac 2014

      FBMKLCI 1831.09 +2.76
      FGV 4.50 -0.05
      MSM 4.83 -0.02

       

      pd fgv felda holding-01 pd kpf majlis belia-01 pd fufc pd asrama pd yf pd hf pd sk pd sv