koporat


Bahasa / Language


Font Size

W3C

Jabatan Perumahan FELDA

I.    Pengenalan mengenai Jabatan

Jabatan Perumahan FELDA adalah sebuah jabatan yang baru ditubuhkan pada 3 Disember 2012. Ia ditubuhkan bagi merealisasikan salah satu dari program transformasi FELDA yang melibatkan pembangunan infrastruktur iaitu pembinaan perumahan untuk generasi baharu FELDA seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Himpunan Generasi Baharu FELDA pada bulan Oktober 2012 yang lepas.


Jabatan Perumahan FELDA akan mengendalikan projek Pembangunan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta yang berkelayakan untuk membina Rumah Pasang Siap (IBS) secara berperingkat dan menyeluruh mengikut target dua puluh (20) ribu unit untuk dibina dan disiapkan dalam masa lima (5) tahun.


Jabatan Perumahan FELDA juga akan terus mengendalikan urusan pemantauan bagi pembinaan projek Feldajaya dan rumah mampu milik Projek Perumahan Warga FELDA (PWF). Sehingga kini beberapa projek perumahan telah siap dibina dan beberapa projek sedang dijalankan.


II.    Objektif Jabatan

Objektif utama Jabatan Perumahan FELDA adalah seperti berikut:-

a)    Melaksanakan pembangunan infrastruktur  melalui pembinaan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF).
b)  Menguruskan pembinaan projek dengan kontraktor yang berkelayakan untuk membina Rumah Pasang Siap (IBS) mengikut target dua puluh (20) ribu unit keseluruhan dan mengikut tempoh siap yang ditetapkan.
c)  Menjalin dan meningkatkan hubungan kerjasama dengan jentera Pentadbiran Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan.

 

III.    Gambar-gambar berkaitan program yang telah dilaksanakan

 Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri

menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1.5 bilion bagi membina 2,000 unit rumah di tanah-tanah rancangan FELDA dalam tempoh lima tahun.

rumah3
rumah2 rumah1
PENEROKA

AWAM

KAKITANGAN

Tender

Saham

 Kemaskini Terkini : 25 Mac 2014

FBMKLCI 1831.09 +2.76
FGV 4.50 -0.05
MSM 4.83 -0.02

 

pd fgv felda holding-01 pd kpf majlis belia-01 pd fufc pd asrama pd yf pd hf pd sk pd sv