Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Tabung Kebajikan Peneroka

Tabung Kebajikan Peneroka

  • Tabung ini mula diperkenalkan pada Julai 2005 dengan dana sebanyak RM500,000. Pada tahun 2007 dan 2008 dana bantuan ini telah bertambah kepada RM1.5 juta.
  • Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi penyakit kronik, ditimpa bencana alam dan peneroka yang memerlukan alat bantuan kesihatan. Bantuan bencana tidak melebihi RM10,000/peneroka ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul oleh peneroka.
  • Bantuan kebajikan turut diberikan kepada tanggungan peneroka iaitu isteri dan anak-anak yang berumur kurang 18 tahun.
 
 
TOP