Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

SKIM INSENTIF ANAK PENEROKA (SIAP)

BIL

PERKARA

KETERANGAN

1

Tujuan Pelaksanaan

* Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

* Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

2

Kadar Insentif

BIL.

PERINGKAT PENGAJIAN

KADAR

1

Diploma

RM 500.00

2

Ijazah Dalam Negara

RM 1,000.00

3

Ijazah Luar Negara

RM 1,500.00

 

 

 

 

 

 

 

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

3

Syarat-Syarat Permohonan SIAP

i.        Syarat kelayakan pemohon

Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.

ii.      Had umur permohonan

*Peringkat Diploma  : 18 hingga 23 tahun

* Peringkat Ijazah     : 18 hingga 25 tahun

iii.     Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan

* Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA

*Salinan kad pengenalan pemohon

*Salinan kad pengenalan peneroka

*Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

iv.     Permohonan yang tidak layak

* Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA

*Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran

* Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)

*Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja

* Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

Attachments:
Download this file (Senarai UA dan US.pdf)Senarai UA dan US.pdf[ ]188 kB
TOP