Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Kenyataan Tawaran NO PF 65/17 hingga 69/17

Kenyataan Tawaran NO PF 65/17 hingga 69/17

 

tender2


 

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

(FELDA)

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Vendor FELDA (E-IKOF), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (PKK) dalam gred pendaftaranyang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-

PROJEK MENAIK TARAF DAN MEMBAIKI JALAN KAMPUNG DI RANCANGAN FELDA UNTUK TAHUN 2017:-

Tawaran

(NO.PF)

Rancangan

Kelayakan

Lawatan Tapak

65/17

FELDA Bukit Serampang, Daerah Segamat, Johor Darul Takzim

CIDB

Gred G4

(Pengkhususan – CE 01)

18 Mei 2017 (Khamis)

9.30 Pagi

Pejabat JKKR

FELDA Bukit Serampang

66/17

FELDA Chempelak, Daerah Labis, Johor Darul Takzim

CIDB

Gred G4

(Pengkhususan – CE 01)

18 Mei 2017 (Khamis)

2.30 Petang

Pejabat JKKR

FELDA Chempelak

67/17

FELDA Keratong 10, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur

CIDB

Gred G4

(Pengkhususan – CE 01)

18 Mei 2017 (Khamis)

2.30 Petang

Pejabat JKKR

FELDA Keratong 10

68/17

FELDA Jengka 8, Daerah

Maran, Pahang Darul Makmur

CIDB

Gred G4

(Pengkhususan – CE 01)

18 Mei 2017 (Khamis)

10.00 Pagi

Pejabat JKKR

FELDA Jengka 8

69/17

FELDA Tementi, Daerah Bera, Pahang Darul Makmur

CIDB

Gred G4

(Pengkhususan – CE 01)

18 Mei 2017 (Khamis)

10.00 Pagi

Pejabat JKKR

FELDA Tementi

HARGA BORANG SENASKAH : RM371.00 TERMASUK 6% GST

TENDER INI MENSYARATKAN BAHAWA LAWATAN TAPAK PERLU DIHADIRI OLEH PEMILIK/PENAMA SYARIKAT (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) SERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL PENDAFTARAN ASAL PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN. KEGAGALAN UNTUK HADIR SEMASA LAWATAN TAPAK MENYEBABKAN PENYERTAAN TENDER DITOLAK.

Dokumen Tender boleh dibeli di Kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 18 Mei 2017 (Khamis). Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

PENGARAH BESAR FELDA

MENARA FELDA, PLATINUM PARK

TINGKAT 32 (KAUNTER JUALAN TENDER)

NO. 11, PERSIARAN KLCC

50088 KUALA LUMPUR

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada 7 Jun 2017 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.

TOP