Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Kenyataan Tawaran NO PF 28/17 hingga 29/17

Kenyataan Tawaran NO PF 28/17 hingga 29/17

 

tender2


 

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

 

(FELDA)

 

KENYATAAN TAWARAN

 

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Vendor FELDA (e-ikof), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera dalam gred pendaftaranyang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-

 

HARGA BORANG SENASKAH :            RM 318.00 TERMASUK 6% GST

 

  1. CADANGAN MENYIAPKAN BAKI KERJA TERTINGGAL BAGI KERJA PEMBINAAN SEBUAH DEWAN SEMAI BAKTI ( JENIS A ) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI FELDA BUKIT TANGGA, KEDAH DARUL AMAN :-

 

Tawaran (NO.PF.)

Rancangan

Kelayakan

Lawatan Tapak

28/17

Kedah Bukit Tangga, Kedah Darul Aman

CIDB

Gred G3

(Pengkhususan – B04)

6 Mac 2017 (Isnin)

11.00 Pagi

Pejabat FELDA Bukit Tangga

 

  1. CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BALAIRAYA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI FELDA CHIKU 02, MUKIM RELAI. DAERAH CHIKU, JAJAHAN GUA MUSANG, KELANTAN

 

Tawaran (NO.PF.)

Rancangan

Kelayakan

Lawatan Tapak

29/17

FELDA Chiku 02, Mukim Relai, Chiku, Gua Musang, Kelantan

CIDB

Gred G2

(Pengkhususan – B04)

6 Mac 2017 (Isnin)

11.00 Pagi

Pejabat FELDA Chiku 2

 

TENDER INI MENSYARATKAN BAHAWA LAWATAN TAPAK PERLU DIHADIRI OLEH PEMILIK SYARIKAT (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) SERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL PENDAFTARAN ASAL PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN. KEGAGALAN UNTUK HADIR SEMASA LAWATAN TAPAK MENYEBABKAN PENYERTAAN TENDER DITOLAK.

 

Dokumen Tender boleh dibeli di Kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 7 Mac 2017 (Selasa). Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

 

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

 

PENGARAH BESAR FELDA

 

MENARA FELDA, PLATINUM PARK

 

TINGKAT 32 (KAUNTER JUALAN TENDER)

 

NO. 11, PERSIARAN KLCC

 

50088 KUALA LUMPUR

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada 28 Mac 2017 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.

TOP