Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Kenyataan Tawaran NO PF 22/17

Kenyataan Tawaran NO PF 22/17

 

tender2


LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

(FELDA)

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan FELDA melalui Sistem Informasi Kontraktor (E-Ikof) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam gred pendaftaran yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-

SYARAT PENDAFTARAN       : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) – KOD BIDANG 070201

Tanaman/Baka/Benih Semaian

HARGA BORANG SENASKAH : RM159.00 TERMASUK 6% GST

Tawaran

No. PF

Jenis Kerja

PF.22/17

Membekal Dan Menghantar 5 Ekor Purebred Brahman Induk Jantan Dan 115 Ekor Kacukan Brahman Induk Betina Dari Australia Ke Projek Integrasi Ternakan Chuping

Dokumen Tender boleh dibeli di Kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11,                    Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 22 Februari 2017 (Rabu). Kontraktor diwajibkan menghadirkan diri untuk sesi taklimat penerangan pada 01 Mac 2017 (Rabu) di Bilik Mesyuarat, Tingkat 30, Menara FELDA Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran). Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

PENGARAH BESAR

TINGKAT 32 (KAUNTER JUALAN TENDER)

MENARA FELDA, PLATINUM PARK

NO. 11, PERSIARAN KLCC

50088 KUALA LUMPUR

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada   21 Mac 2017 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.

TOP