Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Kenyataan Tawaran NO PF 16/17

Kenyataan Tawaran NO PF 16/17

 

tender2


 

 

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

 

(FELDA)

 

KENYATAAN TAWARAN

 

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Vendor FELDA (e-ikof), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera, dalam gred pendaftaranyang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-

 

HARGA BORANG SENASKAH :    RM 318.00 TERMASUK 6% GST

 

i)     CADANGAN MENYIAPKAN BAKI KERJA TERTINGGAL BAGI KERJA-KERJA PEMBINAAN SEBUAH DEWAN SEMAI BAKTI (JENIS A) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI FELDA PEMANIS 1, SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM :-

 

Tawaran (NO.PF.)

Rancangan

Kelayakan

Lawatan Tapak

16/17

FELDA Pemanis 1, Segamat, Johor Darul Takzim  

CIDB

Gred G3

(Pengkhususan – B04)

6 Februari 2017 (Isnin)

11.30 Pagi

Pejabat FELDA Pemanis 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TENDER INI MENSYARATKAN BAHAWA LAWATAN TAPAK PERLU DIHADIRI OLEH PEMILIK SYARIKAT (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) DAN DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL ASAL PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN. KEGAGALAN UNTUK HADIR SEMASA LAWATAN TAPAK MENYEBABKAN PENYERTAAN TENDER DITOLAK.

Dokumen Tender boleh dibeli di Kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 26 Januari 2017(Khamis). Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

PENGARAH BESAR FELDA

MENARA FELDA, PLATINUM PARK

TINGKAT 32 (KAUNTER JUALAN TENDER)

NO. 11, PERSIARAN KLCC

50088 KUALA LUMPUR

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada  27 Februari 2017 (Isnin) jam 12.00 tengah hari. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.

 

TOP