Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Kenyataan Tawaran NO PF 211/16

Kenyataan Tawaran NO PF 211/16

 

tender2


LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

(FELDA)

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Vendor FELDA (e-ikof), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera, dalam gred pendaftaranyang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-

HARGA BORANG SENASKAH :            RM 317.00 TERMASUK 6% GST

PROJEK MENAIKTARAF DAN MEMBAIKI JALAN KAMPUNG DI RANCANGAN FELDA UNTUK

TAHUN 2016 :-

Tawaran (NO.PF.)

Rancangan

Kelayakan

Lawatan Tapak

211/16

FELDA Kalabakan, Daerah Tawau, Sabah

CIDB

Gred G3

(Pengkhususan – CE 01)

5 Januari 2017 (Khamis)

11.00 Pagi

Rumah Rehat FELDA Kalabakan

 

 

 

 

 

 

 

TENDER INI MENSYARATKAN BAHAWA LAWATAN TAPAK PERLU DIHADIRI OLEH PEMILIK SYARIKAT (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) DAN DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL ASAL PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN. KEGAGALAN UNTUK HADIR SEMASA LAWATAN TAPAK MENYEBABKAN PENYERTAAN TENDER DITOLAK.

Dokumen Tender boleh dibeli di Kaunter Jualan Tender, FELDA Wilayah Sahabat, Peti Surat 88, 91150 Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah pada waktu pejabat bermula 5 Januari 2017 (Khamis). Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

PENGURUS BESAR SAHABAT

FELDA Wilayah Sahabat

Peti Surat 88,

91150 Cenderawasih,

Lahad Datu, Sabah

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada 31 Januari 2017 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.

TOP