Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Program Kasih FELDA

Program Kasih FELDA

Latar belakang

KASIH FELDA ini merupakan ilham Y.A.B Perdana Menteri yang diumumkan di dalam Program Sejahtera Peneroka sewaktu pengumuman ‘Durian Runtuh’ di Felda Jengka 8, dimana beliau juga turut mengumumkan pelaksanaan dengan peruntukkan tambahan kepada Yayasan FELDA untuk program membaikpulih rumah bagi penduduk di kampung-kampung bersebelahan / berhampiran dengan 317 tanah rancangan FELDA seluruh Negara.
Dengan tema “Tautan Kasih, Limpahan Budi”, ia memperjelaskan lagi hasrat Y.A.B Perdana Menteri bahawa penyenaraian FGV bukan sahaja memberi manfaat kepada peneroka tetapi juga kawasan sekitarnya yang turut menerima limpahan nikmat melalui Program KAS1H FELDA.

 

Objektif

i) Bersesuaian dengan keseriusan Y.A.B Perdana Menteri untuk mengurus perbezaan ‘managing the differentials’ dari segi faedah-faedah berbanding antara peneroka FELDA dengan warga kampung tradisi.
ii) Hasrat FELDA untuk berkongsi kejayaan dan kecemerlangan FELDA selama 56 tahun ini dengan seluruh rakyat Malaysia khususnya kampung-kampung yang berhampiran dengan tanah rancangan FELDA.
iii) Usaha untuk mengekalkan hubungan erat dan komunikasi yang baik antara komuniti luar dan
komuniti FELDA.
iv) Inspirasi Harmoni FELDA

Kategori penerima Program Kasih Felda

-Pemilihan peserta dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Yang Diberi Kuasa di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta kerjasama Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri.
-Syarat Pemohon

Syarat Utama
1. Warganegara Malaysia
2. Penduduk tempatan kampung berkaitan
Syarat Rumah & Tanah
1. Tanah bermilik
2. Tanah sewa/pusaka (mempunyai surat/dokumen sah)
3. Tanah TOL
4. Tanah Risab Kerajaan dengan kebenaran pihak kerajaan

Maklumat-maklumat lain

-Kos membaikpulih adalah maksimun RM5,000.
-Contoh kerja-kerja binaan :
1. Menggantikan semula dinding kayu yang telah rosak.
2. Menggantikan bumbung yang rosak atau berlubang beserta dengan rangka bumbung.
3. Membina semula lantai.
4. Membina tandas beserta dengan Kelengkapan Dalaman.
5. Lain-lain keperluan yang difikirkan sesuai dalam pelaksanaan dan jawatankuasa pemantau.

 

Majlis Pelancaran KAS1H FELDA sehingga kini : 

BIL NEGERI TARIKH TEMPAT PELANCARAN OLEH
1. Pahang (Wilayah Jengka)  20.07.2012 Felda Padang Piol, Jerantut  Peringkat Kebangsaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
2. Kedah  29.07.2012 Beris Jaya Sik, Kedah YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
3.

Negeri Sembilan (Wilayah Raja Alias)

03.09.2012  Dataran Seri Jempul YB Tan Sri Mohd Isa Haji Abdul Samad
4.

Kelantan 

14.10.2012  Felda Chiku 3, Gua Musang 

YBM Tengku Razaliegh Hamzah 

YB Tan Sri Mohd Isa Haji Abdul Samad

5.

Pahang (Wilayah Pahang)

29.10.2012  Felda Bukit Goh, Kuantan  YB Tan Sri Mohd Isa Haji Abdul Samad
6. Melaka 03.11.2012 Felda Kemendur, Jasin YB Tan Sri Mohd Isa Haji Abdul Samad
7.

Johor (Wilayah Johor Bharu)

05.11.2012  Felda Sungai Mas, Johor  YB Tan Sri Mohd Isa Haji Abdul Samad
8.

Johor (Wilayah Segamat)

12.11.2012  Felda Permanis 2, Johor  YB Tan Sri Mohd Isa Haji Abdul Samad
TOP