Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Pinjaman Pembesaran Rumah

Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka

  • Kemudahan pinjaman ini diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan memberi kemudahan kepada peneroka membina semula/mengubah suai rumah di tanah rancangan.
  • Pinjaman dipertimbangkan kepada peneroka yang layak dengan jumlah RM 10,000 hingga RM 40,000.
  • Pinjaman tanpa faedah ini terbuka kepada peneroka yang layak dan berumur tidak melebihi 70 tahun semasa pinjaman diluluskan. Caj perkhidmatan sebanyak 2.5 peratus dikenakan untuk sekali sahaja sepanjang tempoh pinjaman bagi menampung kos pengurusan.
  • Maksima tempoh bayaran balik pinjaman ialah selama 15 tahun.
 
 
TOP