- Menguruskan bersama dengan Pejabat Tanah Negeri supaya surat hak milik tanah peneroka dapat dikeluarkan dua tahun selepas selesai Bayaran Kembali.
- Tidak membuat potongan Bayaran Kembali daripada pendapatan peneroka jika pendapatan bulanannya kurang daripada RM400 sebulan.
- Memastikan Penyata Bulan Pendapatan Peneroka sampai ke rancangan tidak lewat dari 25 hari bulan setiap bulan.
- Penyata kedudukan Bayaran Kembali hutang dan baki hutang peneroka dikeluarkan setiap enam bulan iaitu pada bulan September dan Mac.
- Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai kurang daripada RM200,000 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup panggilan tawaran.
- Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai RM200,000 dan lebih diluluskan dalam masa dua bulan dari tarikh tutup tawaran.
- Cek bayaran untuk kontrak kerja dan bekalan dikeluarkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan Sijil Bayaran.
- Kaunter kutipan cek dibuka kepada awam dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari termasuk waktu makan tengah hari pada tiap-tiap hari Isnin hingga Jumaat.
- Segala surat-surat awam dijawab dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat diterima kecuali surat-surat aduan yang memerlukan siasatan lanjut.
|