Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Kerjasama FELDA-OUM

Kerjasama FELDA-OUM

KERJASAMA FELDA DENGAN OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)

PERKARA

KETERANGAN

Tahun Pelaksanaan

2017

Program Yang Ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian

Objektif

Meningkatkan taraf pendidikan warga FELDA terutamanya di kalangan pemimpin peneroka di tanah rancangan dan petugas FELDA.

Mod & Tempoh Pengajian

  • Separuh masa dengan waktu pembelajaran sekali sebulan iaitu pada hari cuti bertempat di pusat OUM yang berhampiran.
  • 4 tahun

Keistimewaan Program

Program ini turut memperkenalkan mata pelajaran Pengajian FELDA merangkumi merangkumi sejarah dan latar belakang FELDA, organisasi, perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) FELDA sebagai mata pelajaran wajib kepada graduan warga FELDA.

Pembiayaan

Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Syarat Kemasukan

i.   Lulus SPM/SPMV/MCE atau setaraf dengan 2 kredit termasuk Bahasa Inggeris; DAN

  1. Lulus STPM/HSC atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 2 prinsipal (CGPA 2.00); ATAU
  2. Lulus Diploma yang diiktiraf; ATAU
  3. Lulus Sijil Matrikulasi yang diiktiraf; ATAU
  4. Lulus Sijil Politeknik yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  5. Pencapaian kelayakan yang lebih rendah yang dipersetujui oleh Senat OUM dengan pengalaman kerja yang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun.

ATAU

Kemasukan Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)

i.      Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada 1 Januari tahun permohonan; DAN

  1. Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan; DAN
  2. Lulus Penilaian APEL yang dijalankan oleh OUM.

Syarat Kemasukan Tambahan Yang Telah Ditetapkan Oleh FELDA

i.   Lulus SPM dengan kredit; DAN

  1. Telah bertugas sebagai Petugas FELDA atau setaraf sekurang-kurangnya 3 tahun; DAN
  2. Mendapat kelulusan daripada Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA.

Syarat Pinjaman Pendidikan PTPTN

i.   Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN akan diuruskan secara bersama antara OUM dan pelajar.

  1. Perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PTPTN (mohon rujuk portal rasmi PTPTN).
Attachments:
Download this file (Borang Permohonan.pdf)Borang Permohonan.pdf[ ]338 kB
Download this file (Borang PTPTN.pdf)Borang PTPTN.pdf[ ]518 kB
TOP