Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Penganugerahan Penarafan 4 Bintang

Penganugerahan Penarafan 4 Bintang

pengumuman2

Menara FELDA, Kuala Lumpur- 30 Mac 2017: Pada Perhimpunan Bulanan petugas yang lalu, beberapa anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Besar FELDA di atas pencapaian-pencapaian yang diperoleh dan salah satu anugerah yang disampaikan adalah Penganugerahan Penarafan 4 Bintang.
 
Objektif pelaksanaan Penarafan 4 Bintang adalah untuk :

i) Mempertingkatkan keberkesanan proses tadbir tahap pengurusan dan akauntabiliti di Felda,

ii) Membantu Felda jadi terbilang, Rancangan jadi gemilang, melahirkan petugas yang Cemerlang dan Berintegiriti,

iii) Melahirkan rancangan yang patuh sepenuhnya peraturan sedia ada dengan menerapkan nilai-nilai tambah pada organisasi di samping mempunyai kawalan yang baik dan beroperasi secara berkesan.
 
Kriteria Penilaian 4 Bintang:-
 
1.    Projek kena tahu, faham dan mahir peraturan, pekeliling, SOP dan KPI.

2.    Projek kena amalkan dalam kerja seharian.

3.    Projek kena “reflect” mutu kerja setiap hari.

4.    Projek kena buat self-auditing setiap bulan.
 
Penerima Anugerah Penarafan 4 Bintang:-
 
1.    Rancangan Felda Keratong 5, Wilayah Kuantan
 
2.    Rancangan Felda Ulu Dengar, Wilayah Segamat
 
3.    Rancangan Felda Bukit Aping Barat, Wilayah Johor Bahru
 
4.    Rancangan Felda Bukit Tangga, Wilayah Alor Setar
 
5.    Rancangan Felda Gunung Besout 05, Wilayah Trolak

TOP