Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Pembangunan Usahawan

Pembangunan Usahawan

LATAR BELAKANG

Jabatan Pembangunan Usahawan bertanggungjawab dalam melahirkan usahawan berdaya maju di kalangan warga peneroka dan generasi baharu FELDA. Perlaksanaan gerak kerja ini adalah selaras dengan strategi dan teras FELDA yang kedua iaitu “Warga Peneroka Menjadi Golongan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020.” Aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan merupakan aktiviti non farm bagi menambah pendapatan warga peneroka selain daripada hasil kebun iaitu getah dan sawit. Pelbagai program dan latihan bimbingan keusahawanan dianjurkan oleh Jabatan bagi mengukuhkan jalinan sinergi dan meningkatkan kemahiran usahawan sedia ada dan bakal usahawan. Jabatan mengambil inisiatif memasarkan produk keluaran usahawan FELDA ke pasaran domestik dan antarabangsa melalui Outlet Sawari FELDA, Hypermarket Tempatan dan Program Eksport (EIBU).

OBJEKTIF

  1. Melahirkan usahawan dalam kalangan generasi baharu.
  2. Meningkatkan pendapatan usahawan melalui aktiviti non-farm.
  3. Menjana pendapatan kepada FELDA melalui Projek Khas dan outlet Sawari.
  4. Melestarikan perusahaan dan perniagaan usahawan sedia ada.
  5. Meningkatkan bilangan koperasi peneroka dalam kategori kluster besar dan sederhana
  6. Menyediakan peruntukan menerusi pinjaman Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF).
  7. Memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran petugas dalam bidang keusahawanan.

FUNGSI DAN PERANAN

1.        PEMBANGUNAN EKONOMI
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN
a)       Melahirkan usahawan di kalangan generasi baharu
 
b)     Meningkatkan pendapatan usahawan FELDA melalui jualan korporat, hypermarket, eksport dan outlet Sawari ke pasaran tempatan dan luar negara
 
c)       Menjana pendapatan FELDA melalui Projek Khas, outlet Sawari dan sewaan kemudahan PIRF
 
d)      Menaiktaraf produk bagi memenuhi kehendak pasaran
 
e)       Mengenalpasti peluang perniagaan bagi pasaran tempatan & luar negara
 

f)        Mempromosikan dan menguruskan pemasaran produk usahawan
   
 
 
g)   Menjalin dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan
a)Mengenalpasti generasi baharu yang berpotensi 
 
b)     Mengemukakan senarai produk usahawan yang berpotensi
 
c)    Memantau kutipan sewaan dan deposit ke akaun FELDA
 
d)     Memantau pengeluaran produk mengikut standard yang ditetapkan
 
e)      Memaklumkan respond pasaran terhadap produk kepada pengusaha
 

f)        Memastikan produk dapat dihasilkan dalam tempoh masa yang dipersetujui
 
a)      Mengklasifikasikan peserta yang berpotensi
 
b)    Mengenalpasti produk yang boleh memberi keuntungan dan pasaran yang baik
 
c)    Membuat kutipan sewaan
 
d)    Membantu ibu pejabat/ wilayah dengan memberi maklumat dan data dari masa ke semasa
 
2.        PENGURUSAN
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN
A)       SIUF
Mengurus serta menganalisa Dana & Pinjaman SIUF serta berhubung dengan agensi pembiayaan luar
 
B)      Anugerah Usahawan FELDA
Melaksanakan Sesi penilaian Anugerah Usahawan FELDA (AUF) peringkat kebangsaan
 

C)       Kewangan
Mengurus, mengawal, menganalisa dan memantau bajet keseluruhan jabatan, projek & wilayah serta hal ehwal berkaitan audit dan kewangan
 
D)       Sumber Manusia
Mengenalpasti keperluan, serta melaksanakan latihan petugas dan hal ehwal berkaitan sumber manusia
 
E)       Laporan Menyelaraskan laporan wilayah dan menyediakan laporan keseluruhan jabatan
A) Menilai, meluluskan/ menyokong pinjaman SIUF ke Ibu pejabat
 
B)       Melaksanakan penilaian AUF di peringkat wilayah
 
C)      Memantau bajet & hal ehwal kewangan di peringkat wilayah
 
D)       Menyusul serta menjalankan latihan petugas di peringkat wilayah dan hal ehwal berkaitan sumber manusia
 
E)       Menyelaraskan laporan rancangan & menyediakan laporan wilayah
A) Menerima permohonan, memantau & membuat kutipan kembali SIUF
 
B)       Mengenalpasti & mencadangkan calon AUF
 
C) Mengenalpasti & mencadangkan keperluan latihan petugas
 
D)       Memberikan maklumat dan data serta menyediakan laporan usahawan
 
E) Mengemaskini Sistem Laporan Usahawan (SEIS) & SLIS (SIUF)
 3.        KHIDMAT
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN

Program Synergy Entrepreneur
Enhancement Day (SEED) Menetapkan pengisian program dan
memastikan program dilaksanakan di
setiap Wilayah

 

b) Buletin Usahawan

Menyediakan format lengkap buletin
usahawan untuk edaran kepada
wilayah dan rancangan

 

c) Latihan Keusahawanan
Mengaturkan latihan keusahawan
untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan keusahawanan

 

d) Pembangunan Koperasi

1. Membantu memberi pendedahan
dan menawarkan peluang
perniagaan baharu kepada
koperasi

 

2. Menyelaras kerjasama dengan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
dan Maktab Kerjasama Malaysia

 

e)   Program Akreditasi Menaiktaraf perusahaan bagi
memenuhi piawaian akreditasi industri
makanan

 

 

Pembangunan Produk Kraf
Membangunkan produk kraf ke arah
komersial melalui khidmat latihan dan
tenaga pakar serta agensi luar

 

 

Pembangunan Asas Tani
Mengembangkan pasaran produk sedia
ada dan baharu dalam perusahaan
asas tani

 

Memperolehi Geran Bersama SME Corp
(Small/ Medium Entreprise
Corporation)
Menaiktaraf proses pembungkusan &
peralatan pemprosesan makanan

 

Tunas Mekar Lestari
Melestarikan perniagaan Tunas Mekar

 

 

Homestay FELDA
Mempromosikan homestay FELDA
melalui kerjasama dengan agensi
pelancongan

a)  Mengatur lokasi,
mendapatkan peserta
usahawan atau syarikat yang
terlibat
 

 

b)  Memastikan buletin diedarkan di pejabat wilayah dan outlet sawari

 

 

c) Memantau kemajuan projek dan melapor ke Ibu Pejabat  


 

 
   e) Mengenalpasti usahawan yang berpotensi untuk mendapat persijilan
 
 
  e) Kenalpasti usahawan yang
berpotensi untuk dimajukan
 
 

e) Mengenalpasti dan menyenarai pendek calon usahawan dan projek yang layak untuk memohon  

 
  e)  Kenalpasti lepasan graduan Tunas Mekar yang mempunyai perniagaan dan perusahaan sendiri    

a) Mencalonkan peserta dalam
kalangan usahawan

 

 

b) Edaran buletin diedarkan ke setiap pejabat rancangan.

 

 
c) Memberi khidmat nasihat kepada usahawan & petugas.  
 
 
e) Memantau kesinambungan projekprojek usahawan Tunas Mekar di kawasan rancangan
   
 
 
e) Mewujudkan jawatankuasa
homestay
 

PROGRAM UTAMA

Tumpuan utama jabatan bagi tahun 2017 ialah seperti berikut:
 
1.    Program Inkubator Bagi Pembangunan Usahawan Generasi Baharu.
Program ini merupakan platform untuk melahirkan usahawan baru dalam bidang pemprosesan makanan seperti mee kuning dan pastry dengan keperluan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan.  Mekanisma pembelajaran secara praktikal diterapkan di samping teori berkaitan asas perniagaan yang merangkumi aspek pemasaran, costing, peralatan dan bahan mentah.
 
2.    Anugerah Usahawan FELDA (AUF)
Mesyuarat Lembaga telah meluluskan supaya FELDA mengadakan Anugerah Usahawan FELDA (AUF)  mulai tahun 2010 selaras dengan saranan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia supaya FELDA muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar melalui projek Gedung Makanan Negara. Pemilihan calon AUF dan penilaian jawatankuasa peringkat wilayah dijalankan pada tahun 2017. Perlaksanaan penilaian  oleh panel hakim dan majlis penganugerahan pemenang utama akan diberikan semasa di Hari Peneroka peringkat Kebangsaan tahun 2018.
 
3.    Perlaksanaan Program Synergy Entrepreneur Enhancement Day (SEED)
Program Synergy Entrepreneur Enhancement Day (SEED)  merupakan platform kepada usahawan FELDA untuk mendapatkan jaringan perniagaan antara usahawan sedia ada dan agensi luar. Program turun padang ini juga dilaksanakan di semua peringkat wilayah sebagai usaha untuk mengenalpasti isu atau masalah yang dihadapi oleh pengusaha di samping mengenalpasti usahawan sedia ada atau baharu yang masih belum berdaftar dengan FELDA dan promosi produk usahawan.
 
4.    Program pembangunan usahawan secara National Blue Ocean Strategy (NBOS)
Menjalinkan Kerjasama antara FELDA dan rakan strategik atau agensi terlibat seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), (Agrobank,PUNB, INSKEN & SME CORP) secara kreatif dan sistematik untuk mewujudkan program usahasama yang berpotensi  tinggi dengan penggunaan kos yang minima.  
 
5.    Hold Hands Programmes
Hold-Hands Programmes atau program  mentor–mentee diwujudkan  bagi memberi peluang kepada usahawan sedia ada dengan generasi baharu berkongsi pengalaman dan memberi bimbingan kepakaran dalam pelbagai bidang keusahawanan. Program engangement ini menghubungkan antara usahawan sedia ada yang bertindak sebagai (mentor) dengan generasi baharu (mentee) Mekanisma perlaksanaan adalah melalui pembekalan peralatan dengan ikatan kontrak secara sewa beli.
 
6.    Menyediakan Latihan /Seminar Keusahawanan Bagi Meningkatkan Penyertaan Warga Peneroka Dalam Aktiviti Non- Farm.
Latihan keusahawanan bertujuan memberi pendedahan berterusan mengenai bidang keusahawanan berdasarkan tujuh kategori keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan terutamanya Generasi Baharu FELDA. Ianya juga memberi pendedahan dan peluang kepada generasi baharu menjana pendapatan sampingan menerusi aktiviti keusahawanan.  
 
7.    Meningkatkan Perolehan Koperasi Peneroka
Menggalakkan anggota Lembaga koperasi melengkapkan ilmu pengetahuan dari segi pengurusan, perundangan dan perniagaan kini. Koperasi disyor supaya mempelbagaikan aktiviti didalam dan diluar rancangan dan bertindak sebagai pengedar atau agen kepada SAWARI serta produk pengusaha FELDA yang berpotensi untuk dipasarkan.
 
8.    Memperkukuhkan Pemasaran Produk di Pasaran Domestik & Antarabangsa
Memasarkan produk keluaran usahawan FELDA di pasaran domestik melalui saluran outlet SAWARI, hypermarket, hotel,pelanggan korporat, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).Produk yang mendapat permintaan yang tinggi dipasaran tempatan akan dinilai untuk dieksport. Produk pengusaha yang terpilih akan ditambah nilai  mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pasaran antarabangsa.
 
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   

TOP