Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Perladangan

Perladangan

LATAR BELAKANG

 Jabatan Perladangan adalah sebuah jabatan yang berperanan dalam menguruskan hal ehwal produktiviti dan kualiti hasil, penyelenggaraan kebun peneroka, khidmat nasihat pertanian serta menangani isu dan aduan kebun peneroka di rancangan. Jabatan Perladangan juga bertanggungjawab dalam pemantauan kemajuan dan pembangunan bagi kawasan ambil alih serta projek baru sebagai Lot FELDA yang merupakan penyumbang pendapatan utama FELDA. Selain itu, jabatan bertanggungjawab dalam pemantauan kerja Projek Agropolitan sebagai agen pelaksana pembangunan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
 
 

OBJEKTIF

 i.    Mengoptimumkan produktiviti dan kualiti pengeluaran hasil sawit dan getah Lot Peneroka serta Lot FELDA.
ii.    Membangun tanah baru untuk meningkatkan pendapatan FELDA.
iii.    Menguruskan Projek Agropolitan Pekan Batu 8, RPS Runchang, Besut Setiu dan Pekan Tanjung Batu mengikut perjanjian yang dimeterai di antara FELDA dan ECERDC.
 
 
 
 

FUNGSI DAN PERANAN

 i.    Memaksimumkan produktiviti hasil sawit dan getah Lot Peneroka serta Lot FELDA.
ii.    Menguruskan permohonan keperluan baja mengikut jadual.
iii.    Memantau kemajuan program pembajaan di peringkat rancangan mengikut keperluan nutrien yang disyorkan oleh ahli agronomi (‘agronomist’).
iv.    Melaksanakan pengawalan perosak dan penyakit yang efektif supaya serangan berada di bawah paras kritikal.
v.    Memastikan penggunaan jenis dan kadar bahan kimia yang ekonomik, sesuai dan berkesan di ladang.
vi.    Memastikan pemantauan rekod kadar serangan musuh dan penyakit di ladang yang menyeluruh dan berkala dibuat untuk meminimakan serangan
vii.    Menerapkan dan memantau kemajuan aspek-aspek pengeluaran minyak sawit mapan mengikut prinsip dan kriteria RSPO di keseluruhan kawasan sawit kumpulan FELDA.
viii.    Memastikan Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) dan Amalan Pertanian Baik (GAP) dilaksanakan.
ix.    Menggunakan konsep Ladang Persis (‘Precision Farming’) di semua kawasan ladang di rancangan FELDA.
x.    Memberi khidmat nasihat pertanian kepada pihak pengurusan rancangan dalam menangani isu-isu kebun peneroka di rancangan.
xi.    Melaksanakan program pemindahan teknologi pertanian (TOT) dan inovasi baru.
xii.    Memantau kemajuan dan pembangunan kawasan ambil alih Lot FELDA di Laka Temin, Kalabakan Tengah 01, Besout dan Chador yang sebelum ini diuruskan oleh FELDA Global Ventures Plantation Management (FGVPM).
xiii.    Memantau kemajuan dan pembangunan beberapa kawasan ambil alih Lot FELDA yang sebelum ini diuruskan oleh FELDA Technoplant Sdn. Bhd. (FTPSB).
xiv.    Menyelia pembangunan tapak semaian dan kawasan baru ladang Projek Limbang secara sistematik dan mengikut SOP.
xv.    Memantau kemajuan Projek Agropolitan di  empat (4) tapak projek iaitu Pekan Batu 8, RPS Runchang, Besut Setiu dan Pekan Tanjung Batu.
xvi.    Memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan ECERDC dalam menangani isu-isu di tapak projek.
 
 
 
 

PROGRAM UTAMA

 Jabatan mensasarkan untuk memantau dan menyelaras kemajuan, latihan dan pemindahan teknologi pertanian yang melibatkan keseluruhan unit pertanian di sebelas (11) wilayah FELDA. Antara program berkala yang disasarkan sepanjang tahun 2017 adalah seperti berikut:
i.    Pelaksanaan sekurang-kurangnya 4 kali program turun ke ladang atau ‘Field Day’ pertanian;
ii.    Bengkel Analisa Pencapaian Hasil atau Anggaran Hasil setiap suku tahun;
iii.    Sesi Audit dan Verifikasi Projek Agropolitan setiap suku tahun; dan
iv.    Siri Program Jelajah Kesedaran RSPO dan Jelajah Pembajaan mengikut zon dan/atau wilayah.
 
 

TOP