Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Hal Ehwal Tanam Semula

Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula

LATAR BELAKANG

Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula berperanan merancang, melaksanakan dan menguruskan aktiviti program tanam semula bagi keseluruhan kebun peneroka yang terlibat dan juga lot FELDA. Aktiviti tanam semula melibatkan penanaman semula pokok sawit atau getah yang tidak  produktif dan mengambil kira purata pendapatan peneroka. Jabatan ini juga terlibat dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan program tanam semula seperti penyediaan tapak semaian, kontrak tanam semula, penggunaan tenaga kerja asing dan sebagainya. Oleh itu, semua aktiviti perlu dirancang dengan lebih awal agar memastikan semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya menjayakan program tanam semula. Memberikan khidmat yang terbaik sebagai konsultansi tanam semula kebun berdasarkan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Amalan Pengurusan Terbaik (BMP). Dengan penekanan ini, kerja pembangunan ini dapat berjalan dan berhasil dengan baik dan mencapai hasil dan kualiti yang tinggi. Jabatan ini bertanggungjawab membekalkan tenaga kerja secukupnya bagi keperluan rancangan-rancangan FELDA dan ladang-ladang FELDA Technoplant Sdn Bhd. Tugas penting ini adalah untuk memastikan ladang dan rancangan mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk pengeluaran hasil dan melaksanakan kerja-kerja operasi ladang. Fokus kepada sasaran kerja 2017 adalah memfokuskan memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam aktiviti pembangunan tanam semula kebun dan memastikan bekalan tenaga buruh mencukupi untuk memastikan hasil tercapai selari dengan visi FELDA iaitu ‘Sebagai Peneraju Industri Sawit Dan Warga Peneroka Yang Berpendapatan Tinggi’.

OBJEKTIF

1.    Melaksanakan Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) dan Amalan Pertanian Baik (GAP) di kebun peneroka.
2.    Mensasarkan penyertaan semua peneroka tanam semula bersama FELDA.
3.    Menyediakan dan memastikan bahan tanaman yang dibekal adalah berkualiti.
4.    Memastikan program tanam semula mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
5.    Memberi khidmat nasihat Pertanian dan pembangunan tanam semula kepada pihak pengurusan rancangan.
6.    Melaksanakan program Pemindahan Teknologi Pertanian (TOT) dan inovasi baru di kawasan pembangunan tanam semula.
7.    Membekalkan tenaga kerja ladang mengikut keperluan sebenar rancangan dan ladang pada  masa yang diperlukan. Ini perlu bagi membantu kerja-kerja ladang dan operasi di peringkat ladang supaya mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan.
8.    Membentuk kumpulan kerja dikalangan generasi kedua FELDA dan pekerja tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing
 
 

FUNGSI DAN PERANAN

Bil. Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
1 Merancang dan mengkaji semula dasar-dasar pertanian FELDA selaras dengan perkembangan semasa untuk dilaksanakan oleh rancangan. Memantau dan memberi khidmat nasihat semasa perlaksanaan kerja-kerja pertanian di rancangan. Melaksanakan dasar-dasar pertanian FELDA.
2 Mengemaskini dan menganalisa data serta maklumat pembangunan pertanian Membuat analisa dan rumusan terhadap semua laporan daripada rancangan dan memajukan laporan tersebut ke Ibu Pejabat. Merekodkan semua kerja-kerja pertanian di peringkat rancangan dan memajukan laporan ke wilayah secara harian, mingguan dan bulanan
3 Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke wilayah serta rancangan. Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke rancangan dan peneroka. Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke peneroka dan melaksanakannya.
UNIT TENAGA KERJA LADANG
4 UNIT PENGAMBILAN PEKERJA 1.      Monitor keperluan pekerja ladang. 2.      Membuat permohonan kuota pekerja ladang. 3.      Menyelaras urusan pemilihan pekerja/temuduga pekerja 4.      Mengurus permohonan calling visa. 5.      Mengurus kemasukan pekerja. 6.      Membuat pengagihan pekerja ladang. 7.      Mengemas kini pangkalan data pekerja ladang. 8.      Menyediakan laporan pengurusan Jabatan. 1.      Mendapatkan keperluan tahunan pekerja dari rancangan / ladang. 2.      Menyediakan rumusan keperluan tahunan pekerja. 3.      Memaklumkan kepada pihak Ibu Pejabat sekiranya terdapat rancangan/ladang yang terdesak memerlukan buruh 1.      Menyediakan rumusan keperluan tahunan pekerja. 2.      Melengkapkan borang penerimaan tenaga kerja asing. Salinan dihantar ke Pejabat Wilayah dan Ibu Pejabat. 3.      Menyediakan kemudahan asas selengkapnya sebelum menerima kemasukkan buruh 4.      Merangka dan merancang kerja-kerja yang akan dilakukan oleh buruh sebelum menerima kemasukan buruh.
6 KEBAJIKAN PEKERJA ASING 1.       Menguruskan jenazah ke Negara Sumber 2.      Menerima dan mengambil tindakan aduan-aduan dari mana-mana pihak 3.      Mengatur program pemantauan pekerja asing ke rancangan-rancangan FELDA. 4.      Mendapatkan kelulusan untuk pengiring pekerja asing dalam kes parah/lumpuh/mental dan sebagainya. 1.      Melaporkan ke UTKLF Ibu Pejabat / Polis/Pejabat Pendaftaran & Insuran. 2.      Memberi maklumbalas keatas aduan-aduan yang diterima. 3.      Memastikan kebersihan sentiasa dijaga dan dokumen-dokumen disimpan dengan selamat dan tersusun. 4.      Menyediakan kronologi kejadian dan dokumen-dokumen yang ditetapkan sebelum dihantar balik ke Negara Sumber.
7 UNIT PEKERJA TEMPATAN/ KEBAJIKAN 1.       Mengatur kempen mendapatkan pekerja tempatan. 2.      Monitor hal ehwal berkaitan dengan kebajikan pekerja tempatan di semua ladang. 3.      Monitor tuntutan insurans pekerja tempatan. 4.      Monitor pendapatan dan produktiviti pekerja tempatan. 5.      Monitor hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerja tempatan 6.      Monitor aduan pekerja tempatan. 7.      Mengatur program mendapatkan pekerja tempatan. 8.      Mengatur temu duga dan pengambilan pekerja tempatan. 9.      Monitor pendapatan dan produktiviti. 10.   Mengurus Bantuan Perumahan Pekerja Tempatan. 1.       Menyediakan kemudahan kepada pekerja seperti yang telah ditetapkan. 2.       Menguruskan rawatan kesihatan ringan kepada pekerja. 3.       Memastikan semua pekerja di insuranskan 4.       Menyelesaikan isu / masalah yang timbul. 5.       Mengemaskini maklumat pekerja didalam sistem RML.
8 UNIT SISTEM 1.       Memastikan pihak rancangan membuat pendaftaran didalam Sistem RML bagi pekerja yang baru tiba atau pindah. 2.      Memastikan Database maklumat pekerja sentiasa dikemaskini. 3.      Monitor penghantaran data atau “upload” data ke Server Sistem RML setiap bulan. 4.      Membantu unit ladang merekod maklumat pekerja mengunakan RML. 5.      Mengatasi masalah sistem di setiap ladang juka ada masalah. 6.      Menghantar laporan untuk tamat permit dan tarikh pasport ke unit pasport untuk membuat peringatan kepada rancangan/ladang.   1.      Melengkapkan maklumat asas pekerja dengan tepat dan sentiasa dikemas kini. 2.      Memastikan maklumat kerja harian pekerja direkod dengan teliti.
 

PROGRAM UTAMA

Jabatan merangka beberapa program utama pada tahun 2017 untuk memastikan program pembangunan tanam semula berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran. Sasaran utama ialah memastikan kawasan tanam semula mengikut tempoh pembangunan yang ditetapkan.  Selain itu juga, jabatan akan memastikan agen pengurusan yang dilantik iaitu FELDA Technoplants Sdn Bhd mengikut perancangan yang telah diatur bersama. Kempen penerangan tanam semula akan diadakankan melibatkan  semua pihak Jabatan Kewangan, Unit Undang-undang FELDA, FTPSB, pengurusan wilayah dan pengurusan rancangan bagi memastikan  segala informasi dan maklumat program tanam semula  diperjelaskan dengan selengkapnya sehingga ke akar umbi. Bagi memenuhi keperluan Tenaga Kerja Asing (TKA) rancangan FELDA  dan ladang FTPSB, urusan kemasukan bermula daripada pendaftaran dan permohonan dengan agensi kerajaan yang terlibat sehinggalah urusan permohonan pembaharuan permit kerja daripada pihak rancangan FELDA dan ladang FTPSB melalui Unit Pengambilan dan Unit Pasport. Unit Pasport juga bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang pekerja ke negara asal bagi kes-kes seperti unfit semasa pemeriksaan kesihatan serta bagi kes ditamatkan kontrak oleh majikan ataupun petugas terbabit menamatkan kontrak.
 
Jabatan ini juga menguruskan hal-hal kebajikan pekerja antara lain seperti pengurusan penghantaran pulang jenazah ke negara asal, sambutan Hari Pekerja dan juga penyerahanan wang raya kepada semua TKA yang layak. Pusat Transit Sendayan berperanan sebagain penempatan sementara Tenaga Kerja Asing yang baru sampai ke Malaysia. Ketika ini, pusat ini juga berfungsi sebagai pusat induksi TKA dengan memberikan penerangan berkenaan etika kerja di Malaysia sebelum mereka di hantar ke rancangan FELDA dan ladang FTPSB. Pendedahan yang diberikan diharap dapat membantu mereka dalam urusan kerja seharian dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kerja.

TOP