Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Gedung Makanan Negara (GMN)

Gedung Makanan Negara (GMN)

LATAR BELAKANG

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya sempena pelancaran Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai 2009 bertempat di FELDA Maokil, Segamat Johor menyarankan FELDA melaksanakan Projek Gedung Makanan Negara (GMN). “Hari ini saya tekankan satu lagi hasrat Kerajaan supaya FELDA ini kita jadikan sebagai Gedung Makanan Negara. Inilah usaha-usaha yang akan kita lakukan supaya FELDA akan muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar untuk menampung keperluan negara sebab negara masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada luar negara”.

FUNGSI DAN PERANAN

GMN mendukung matlamat menjadi pengeluar makanan negara yang terlibat dalam semua peringkat rantaian nilai, daripada pengeluaran makanan sehingga peringkat pengedaran. Empat (4) kumpulan produk teras telah dipilih di bawah program ini, iaitu; Buah-buahan, Sayur-sayuran, Ternakan Lembu dan Akuakultur.
  • Memaksimumkan penggunaan tanah dengan aktiviti pertanian.
  • Mewujudkan usahawantani baru dan menambah pendapatan usahawan sedia ada.
  • Pembangunan industri asas tani terutama pengeluaran produk makanan.
  • Mengadaptasi amalan pertanian baik dalam semua rantaian pengeluaran.
  • GMN sebagai entiti berasaskan perniagaan dengan menjalankan GMN Fresh Market.
 

CABARAN

Tidak ubah seperti projek besar yang lain, pelaksanaan GMN turut dihambat pelbagai isu dan cabaran, lantaran penglibatan pemegang kepentingan yang berbeza dalam usaha mencapai wawasan dan misi GMN. Langkah mengenal pasti, menilai dan mengutamakan semua isu dan cabaran menurut kesannya ke atas GMN amat kritikal dan harus dilakukan sebelum pelaksanaan. Beberapa isu dan cabaran telah dikenalpasti bermula dari isu pengeluaran melibatkan kuantiti dan kualiti yang turut menjejaskan pemasaran dan masalah bekalan atau input pertanian yang sukar diperoleh selain kenaikan harga yang signifikan untuk meningkatkan kos pengeluaran.
 
 
KUANTITI & KUALITI
 
  • Pematuhan pengusaha kepada ‘standard operating procedure’ (SOP) yang telah disediakan dalam pelaksanaan projek.
  • Serangan penyakit dan musuh tanaman.
  • Kekurangan kakitangan yang mahir untuk melakukan pemantauan projek.
 
PEMASARAN
 
  • Pemasaran yang terhad kerana Gedung Makanan Negara hanya memasarkan diperingkat ladang.
  • Tiada kemudahan logistik untuk membuat pemasaran.
 
BEKALAN / INPUT PERTANIAN
 
  • Kenaikkan harga barangan pertanian terutama harga bekalan lembu feeder, bahan makanan dan baja.
  • Kebolehdapatan bekalan atau input pertanian di pasaran tempatan mahupun dari luar Negara.
 

PROGRAM UTAMA

Demi mencapai wawasan dan misi GMN sebagai pengeluar dan pengedar makanan negara utama berskala besar, GMN mendukung konsep untuk berperanan sebagai ‘national one-stop food centre’ di mana penglibatan GMN adalah merentas rantaian nilai, daripada pengeluaran bahan mentah sehingga penjualan keluaran mentah dan makanan diproses/produk ‘downstream’ secara runcit.
 
jab gedungmakanan3
 
jab gedungmakanan5
 
 
jab gedungmakanan6

TOP