Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Pengurusan Tanah

Pengurusan Tanah

LATAR BELAKANG

Jabatan Tanah FELDA telah ditukar nama kepada Jabatan Pengurusan Tanah bermula pada tahun 2015, walau bagaimanapun fungsi dan tugas jabatan ini masih lagi dikekalkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Bermula pada tahun 2014, Jabatan Pengurusan Tanah FELDA telah merangka strategi dengan merangka rancangan 5 tahun jabatan supaya setiap pegawai dan kakitangan sokongan mempunyai fokus dan hala tuju yang jelas berlandaskan kepada visi dan misi FELDA.
 
Bermula dengan penstrukturan Bahagian/ Unit di Jabatan Pengurusan Tanah, beberapa siri perbincangan semua Pegawai bersama Kakitangan Sokongan telah diadakan bagi memastikan Bahagian/ Unit yang ada mampu berkerjasama, sebagai satu pasukan serta mampu melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

OBJEKTIF

1. Menguruskan sumber berkaitan tanah bagi menjana pendapatan maksimum kepada FELDA
 
2. Mempunyai pangkalan data maklumat tanah FELDA dan peneroka yang tepat
 
3. Menguruskan segala urusan pemberi milikan tanah kepada peneroka dan FELDA oleh Pihak Berkuasa Negeri (PNB)
 
4. Memastikan pemilikan tanah peneroka dan FELDA dapat dikekalkan
 
5. Memastikan projek pembangunan hartanah secara bersepadu

FUNGSI DAN PERANAN

 1.   Bahagian Ukur & Pemetaan Udara
 
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN

- Mengenalpasti isu-isu utama bagi datadata tanah

 

- Mengeluarkan arahan ukur kepada perunding pengurusan tanah atau Jurukur Berlesen

 

 - Memantau perlaksanaan kerja-kerja ukurMenjadi koordinator untuk bengkel penggunaan dan aplikasi LiDAR serta bengkel asas ukur

 

- Melengkapkan data asas bagi keseluruhan keluasan rancangan FELDA

 

- Menyusul permohonan pewartaan di setiap Pejabat Tanah Dan Daerah yang masih belum diwartakan

 

- Membuat permohonan pembatalan warta bagi projek-projek pembangunan di dalam FELDA bersama kerja-kerja ukur yang terlibat

 

- Maklumbalas ke Unit Kawal Selia bagi pembatalan GSA untuk kawasan FELDA.

- Memantau pelaksanaan kerja
 
 - Mengemukakan permohonan ukur ke Ib Pejabat pada kawasan-kawasan yang masih belum diukur
 
- Mengenalpasti lot-lot kosong di rancangan dan mengemukakan permohonan ukur
 
- Mesyuarat bersama Pegawai Tanah Wilayah dengan Jabatan Pengurusan Tanah bagi semua urusan ukur
Membantu kerja-kerja lapangan di rancangan
 
 Mengenalpasti lot-lot kosong di rancangan
 
Memaklumkan kepada pihak Wilayah mengenai kawasan-kawasan yang belum lagi diukur
 
-  Membantu dan mengesahkan kawasan yang diukur oleh Jurukur yang dilantik
 
-  Menghantar wakil-wakil bagi bengkel-bengkel yang terlibat
 
2.   Unit Hak Milik Dan Pewartaan
 
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN
- Melaksanakan susulan secara berkala dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri
 
- Menyemak dan mengemukakan permohonan hak milik untuk tanah-tanah perneroka FELDA, ladang FELDA, tapak-tapak kegunaan FELDA dan lot-lot kosong di dalam rancangan FELDA ke Pejabat Tanah Daerah (PTD)
 
- Susulan ke atas kemajuan kerja bagi setiap permohonan hak milik yang telah dibuat ke PTD
 
- Mengaturkan perbincangan bersama PTG Negeri, PTD dan menyusul permohonan
 
Penyediaan Laporan Bayaran CAC kepada PTD
 
 Membantu urusan pendaftaran di PTD
-  Memantau urusan pelaksanaan kerja
 
-  Menyusul semula permohonan ke PTD
 
Menyelaraskan bantuan petugas ke PTD
 
Melaporkan status permohonan ke Ibu Pejabat
Menyediakan dokumen permohonan yang lengkap
 
 Menghubungi dan menyusul permohonan ke PTD
 
Menyediakan petugas dalam urusan pendaftaran ke PTD
 
3.   Bahagian Pembangunan Hartanah Unit Projek Baru
 
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN
Potensi pembangunan PGBF dan lot-lot Komersial
 
Mengenal pasti kawasan yang sesuai
 
 Membentangkan cadangan kepada pengurusan
 
 Menyediakan pelan susun atur dan pelan Pra Hitungan
 
-  Membuat permohonan hak milik dan pembatalan sebahagian warta kawasan
 
Membuat Susulan ke PTD
Membantu mengenal pasti tapak yang sesuai  Menentukan kawasan yang sesuai
 
 Membantu kerja-kerja bangian keperluan PGBF Lot-lot Komersial
 
 Menunjukkan kerja-kerja yang perlu diukur kepada jurukur
 
4.   Unit Pengurusan Aset & Kutipan Hasil
 
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN
Menyimpan dan merekod semua dokumen berkaitan aset FELDA
 
Mengenalpasti semjua kegunaan asset FELDA
 
Menjelaskan semua bayaran cukai kepada Pemungut Hasil Tanah
 
Melaksanakan kutipan kepada semua aset yang dipajak atau disewa
 
Mengemaskini rekod bayaran dan hasil aset yang diterima setiap bulan
Memantau pengunaan aset FELDA di rancangan selian Wilayah Mengenalpasti dan memantau aset FELDA di rancagan
 
Merekod kesemua aset di rancangan
 
5.   Bahagian Isu & Pewarisan Unit Isu & Pewarisan
 
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN
Mengaturkan program latihan untuk pegawai, Pengurus dan petugas FELDA
 
- Menyediakan tenaga penceramah pewarisan kepada peneroka
 
Mengambil tindakan isu yang dibangkitkan oleh peneroka atau Agensi Luar berkaitan dengan tanah peneroka dan FELDA
Mengaturkan persiapan program
 
Melaporkan status pewarisan ke Ibu Pejabat
 
Menempatkan keperluan ceramah di rancangan dan Wilayah
 
- Membuat rumusan dari rancangan berkaitan isu dan hantar ke Ibu Pejabat
- Memberi penerangan kepada waris
 
Membantu waris dalam urusan pewarisan
 
Menjadi saksi dalam bicara kuasa di Ibu Pejabat Unit Pesaka Kecil (jika perlu)
 
Membantu waris menguruskan permohonan bicara kuasa di Pejabat Tanah
 
Menguruskan permohonann melalui eTaPP modul JKPTG-
Dalam Talian)
 
6.   Unit Tadbiran & Pelaporan
 
IBU PEJABAT WILAYAH RANCANGAN
Menyediakan maklumat bagi setiap unit mengikut laporan yang diperlukan Mengemaskini maklumat setiap bulan Memantau segala urusan perbelanjaan Jabatan Menyusul dan mengumpul maklumat dari rancangan yang dikehendaki oleh Ibu Pejabat Memberi maklumat yang diperlukan Jabatan

PROGRAM UTAMA

1.   Bahagian Ukur & Pendaftaran
BIL. PROGRAM STRATEGI
a. Unit Ukur & Pemetaan Udara
 
·         Melengkapkan pengkalan data tanah
 
·         Penggunaan teknologi bagi penyediaan pengkalan data tanah
 
·         Menjana pendapatan melalui teknologi LiDAR
 
·         Melaksanakan bengkel asas ukur melibatkan di peringkat Wilayah dan rancangan
 
·         Mendapatkan kelulusan pewartaan bagi rancangan yang belum diluluskan melibatkan Seksyen 4, 5 & 6 serta dibuat ukur sempadan
·         Mengenal pasti kawasan-kawasan yang masih belum diukur sama ada kawasan peneroka dan FELDA
 
·         Merancang dan menguruskan kerja-kerja ukur
 
·         Menggunakan teknologi LiDAR
 
·         Menyediakan ‘Business Plan” bagi penjualan data yang diperoleh daripada LiDAR
 
·         Bekerjasama dengan pihak Unit Latihan, Unit Pengurusan Risiko/Integriti, Jabatan hal Ehwal Tanam Semula dan FTPSB bagi menjayakan bengkel penggunaan dan aplikasi LiDAR
 
·         Bekerjasama dengan beberapa IPTA & IPTS bagi menjayakan bengkel asas ukur
 

·         Melibatkan 10 rancangan
b. Unit Hak Milik
 
·         Menguruskan permohonan hak milik tanah peneroka dan FELDA
 
·         Meningkatkan jumlah aset FELDA melalui pemilikan tanah atau kawasan-kawasan baru
 
·         Mengekalkan pemilikan tanah-tanah peneroka yang telah mendapat hak milik
·         Seramai 2,657 orang peneroka yang telah selesai Bayaran Kembali (BK) diproses permohonan hak milik oleh Pengurusan Rancangan
 
·         Merancangan awal bagi kerja-kerja pengukuran lot peneroka agar ia dapat disiapkan sebelum peneroka selesai BK
 
·         Susulan ke atas Pentadbir Tanah Daerah dibuat setiap bulan bagi mendapatkan maklum balas kemajuan kerja permohonan hak milik di kawasan-kawasan yang dibangunkan oleh FELDA
 
·         Mengadakan hubungan baik dengan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dengan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan 1 kali setahun bagi membincangkan isu-isu berkenaan permohonan Tanah FELDA dengan Kerajaan Negeri yang terlibat
2.   BAHAGIAN PEMBANGUNAN HARTANAH
BIL. PROGRAM STRATEGI
a. Unit Projek Baharu
 
·         Menyediakan pelan perancangan pembangunan hartanah di dalam kawasan FELDA
 
·         Penjanaan pendapatan melalui pembangunan hartanah
 
·         Mengadakan sesi perbincangan secara berterusan dengan PTD terlibat
·         Mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan dengan projek hartanah bersifat sosial dan komersial
 
·         Menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan pembangunan hartanah bermula dari perancangan sehingga proses akhir melibatkan jualan
 
·         Menyuediakan ‘blue print’ perancangan pembangunan tanah FELDA
 
·         Merangka ‘business plan’ bagi mengoptimumkan pendapatan daripada projek pembangunan hartanah
 
·         Membuat susulan bagi permohonan hak milik yang telah dibuat bagi mempercepatkan proses kelulusan hak milik
b. Unit Pengurusan Aset dan Kutipan Hasil
 
·         Pengurusan sewaan tapak menara Pencawang Telekomunikasi
 
·         Pengurusan dan perancangan pembangunan tanah kosong dalam perancangan
·         Menyediakan standard operating Procedure (SOP) bagi menguruskan semua tapak-tapak yang disewa untuk kegunaan Menara Pencawang Telekomunikasi
 
·         Merangka ‘business plan’ bagi mengoptimumkan pendapatan daripada semua aset-aset FELDA
 
·         Menyediakan standard operating Procedure (SOP) bagi pengurusan dan perancangan permohonan tapak tanah kosong dalam rancangan
 
·         Menyediakan sistem pemfailan yang lebih efisien dalam merekodkan permohonan dan kelulusan permohopnan tapak tanah kosong
3.   BAHAGIAN ISU & PEWARISAN
BIL. PROGRAM STRATEGI
a. Unit Isu & Pewarisan ·         Menyelesaikan masalah pewarisan yang belum selesai
 
·         Memberi pendedahan dan maklumat mengenai pewarisan
 
·         Membuat susulan kes-kes pewarisan yang bermasaslah
 
·         Mengadakan mesyuarat pemindahan hak dan penurunan milik 2 bulan sekali
 
·         Membantu balu dan janda peneroka dalam menuntut harta sepencarian
·         Menyediakan laporan bulanan dan memantau bilangan kes-kes pewarisan secara berkala
 
·         Mengadakan kerjasama dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG), Bahagian Pusaka Kecil bagi mengadakan program perbicaraan di rancangan
 
·         Menyediakan taklimat dan program penerangan mengenai pewarisan kepada peneroka dan petugas FELDA
 
·         Perjumpaan dengan waris bersama pengurusan rancangan bagi memberi penerangan dan kaedah penyelesaian
 
·         Memberi surat jawapan dan membuat pertukaran nama dalam sistem
 
·         Lawatan ke rancangan dan buat perbincangan untuk menyelesaikan tuntutan tersebut
4.   UNIT PENTADBIRAN & PELAPORAN
BIL. PROGRAM STRATEGI
·         Pengurusan pentadbiran yang lebih berkesan
 
·         Pengurusan dan pemantauan rekod serta laporan
 
·         Latihan dan pembangunan modal insan
 
·         Pengurusan Mesyuarat Pindah Hak dan urusan tata tertib peneroka serta urusan pelarasan lot
·         Mengemaskini dan merangka struktur pentadbiran jabatan supaya lebih berkesan
 
·         Menjadi one stop center keada semua unit bagi penyediaan rekod dan laporan jabatan
 
·         Menjadi sumber utama semua rekod dan laporan jabatan
 
·         Merangka modul latihan dan kursus yang berkaitan tanah bagi petuga dan peneroka
 
·         Mendapatkan maklumat yang tidak lengkap supaya urusan menguruskan Mesyuarat Pindah hak, urusan tata tertib peneroka serta urusan peloarasan lot dapat dilaksanakan dengan lebih teratur

TOP