Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Kewangan

Kewangan

LATAR BELAKANG

 
Pengurusan kewangan yang berkualiti dan efektif akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi dan pembangunan FELDA. Jabatan ini mengambil beberapa inisiatif dalam memantapkan serta memperkukuhkan kedudukan FELDA seperti berikut:
  • Menguruskan kewangan FELDA secara berkualiti dan efektif di dalam usaha Memperkukuhkan Kewangan FELDA.
  • Memantapkan pengurusan kewangan serta meningkatkan daya saing agar mampu mengawal perbelanjaan dan menjana pendapatan bagi membiayai aktiviti pembangunan FELDA.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti kewangan mengikut fungsi jabatan bagi mencapai petunjuk utama prestasi (KPI) tahunan yang ditetapkan dan objektif jabatan keseluruhannya.

OBJEKTIF

 
  • Memastikan pengurusan kewangan dan aset dilaksanakan dengan cekap, telus dan berkesan selaras dengan peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan melalui penguatkuasaan, kawalan, siasatan dan pemantauan di peringkat Jabatan, Wilayah dan Rancangan.
  • Merancang, mengurus serta mengawal perbelanjaan tahunan berdasarkan kepada kemampuan serta agihan yang telah diluluskan oleh organisasi.
  • Memastikan kawalan dan pengurusan risiko yang berkesan.
  • Memastikan organisasi mempunyai kedudukan tunai yang stabil dan mantap melalui pelaksanaan perancangan dan pengurusan wang yang cekap dan berhemah.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kompetensi petugas agar sistem penyampaian maklumat kepada pihak ketiga menjadi lebih mantap.
 
 

CABARAN

  • Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk memaksimumkan pendapatan FELDA dan memastikan keperluan aliran tunai mencukupi bagi memastikan setiap program atau aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berkualiti.
  • Pengurusan kutipan hutang tertunggak yang efektif penting bagi meningkatkan pencapaian dan pemantauan harus dibuat di peringkat Wilayah dan Tanah Rancangan.
  • Memantau dan menggalakkan amalan perbelanjaan secara berhemah agar peruntukan yang disediakan sentiasa mencukupi.
  • Perancangan aset yang strategik perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti kumpulan aset yang ideal, aset baru yang efisien, aset sedia ada dan penghapusan aset yang tidak efisien.

FUNGSI DAN PERANAN

 Bil  Ibu Pejabat  Wilayah  Rancangan 
 1. Memastikan pelaksanaan sistem kewangan organisasi adalah mematuhi piawaian-piawaian yang ditetapkan seperti FRS dan MASB. Mematuhi dan melaksanakan peraturan kewangan yang telah ditetapkan Mematuhi dan melaksanakan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
 2. Merancang, mengurus serta mengawal perbelanjaan tahunan berdasarkan kepada kemampuan serta agihan yang telah diluluskan oleh organisasi. Memantau dan mengurus penggunaan bajet yang diagihkan.  
 3. Memantau serta mengawasi kawalan kredit. Membantu dan melaksanakan kawalan kredit. Melakukan kutipan ke atas pinjaman -pinjaman yang telh dikeluarkan kepada peneroka yang layak.
4.  Memantau rekod keluar masuk tunai. Membantu dan memeriksa aliran tunai di rancangan. Memastikan keselamatan wang tunai.

TOP