Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Unit Undang - Undang

Hal Ehwal Undang-Undang Felda

LATAR BELAKANG

Unit Undang-Undang ditubuhkan pada 21 Julai 2008 dan berfungsi untuk memberikan nasihat perundangan kepada pihak Pengurusan FELDA, Jabatan-jabatan, Pejabat Wilayah serta Pejabat Rancangan dari aspek perkhidmatan sokongan (support service) di dalam hal ehwal yang melibatkan sistem Perundangan dan Perlembagaan Malaysia.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan perundangan yang bertaraf professional, bermutu tinggi dan bertindak selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) dan undang-undang yang terpakai di Malaysia dengan cekap, adil dan saksama.
 
 

CABARAN

  • Membentuk kefahaman undang-undang di kalangan warga kerja bagi membolehkan sesuatu tindakan dan/atau keputusan dibuat secara telus tanpa sebarang emosi atau pengaruh luar (outside influence).
  • Mewujudkan kesedaran di kalangan warga kerja bahawa kepatuhan kepada undang-undang atau peraturan yang ada, baik perundangan Malaysia atau peraturan organisasi, perlu dipatuhi.
  • Menyelaraskan tindakan undang-undang yang diambil tanpa melibatkan sebarang pengaruh luar.

FUNGSI DAN PERANAN

  • Memberi khidmat nasihat, pendapat dan pandangan kepada pengurusan FELDA, Jabatan-jabatan, Pejabat Wilayah serta Pejabat Rancangan meliputi segala aspek perundangan.
  • Menyedia dan menyemak dokumen-dokumen perjanjian dan dokumen lain yang mempunyai kesan dari aspek perundangan.
  • Membuat semakan undang-undang (law revision) terhadap mana-mana peruntukan atau mana-mana perundangan utama dan subsidari sepertimana yang diperlukan oleh pengurusan FELDA.
  • Melantik panel peguam serta memantau pengendalian dan perjalanan kes oleh panel-panel peguam dalam mengendalikan kes yang diberikan.
  • Menyemak undang-undang, peraturan-peraturan, kaedahkaedah dan dokumen perundangan lain yang melibatkan FELDA.

TOP