Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Unit Pengurusan Risiko & Integriti

Unit Pengurusan Risiko/ Integriti

LATAR BELAKANG

 
Unit Pengurusan Risiko/Integriti diwujudkan pada tahun 2010. Pada peringkat permulaan, unit ini memberi penekanan kepada pewujudan aspek risiko dengan memberi kesedaran akan maksud dan kepentingan pengurusan risiko kepada setiap petugas dan pengurusan atasan. Pendekatan Pengurusan Risiko pada masa ini lebih tertumpu kepada konsep taxonomy. Kini, Pengurusan Risiko/ Integriti FELDA telah memasuki fasa kedua dalam pelaksaaan keberkesanan secara holistik dan strategik dalam organisasi. Ini menggalakkan kejayaan dan mempertingkatkan kebertanggungjawaban FELDA terhadap stakeholders dengan merangkumi penilaian risiko dalam proses pembangunan organisasi ke peringkat global. Tambahan kepada fungsi pengurusan risiko dan sejajar dengan usaha kerajaan berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang kedua iaitu “Memerangi Rasuah”, FELDA beriltizam mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan dengan penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi termasuk budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan. Pada 9 April 2012, FELDA bersama Felda Global
Ventures Holdings Berhad (FGVH) juga telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Pakatan Integriti (IP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed. Sehubungan itu, dalam tahun 2013, kesinambungan daripada program tersebut, FELDA giat menjalankan program kesedaran di semua peringkat Wilayah dan Ibu Pejabat. Program kesedaran ini merupakan kolaborasi antara FELDA, FGVH dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berfokuskan pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. FELDA turut mengambil inisiatif menyahut saranan kerajaan dalam pelaksanaan analisis Pengurusan Nilai seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, pekeliling Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3 Tahun 2009 berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai (Value Management). Aplikasi Pengurusan Nilai telah diadaptasi dalam tiga (3) projek mega iaitu Projek Sentuhan Kasih, Projek Stadium Jengka dan Projek Jalur Lebar FELDA. Syor yang diterima dari dua (2) projek utama telah dikemukakan kepada jabatan pemilik projek untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. Manakala Projek Jalur Lebar FELDA masih dalam peringkat kajian. Matlamat utama Unit Pengurusan Risiko/Integriti adalah menjadi “centre of excellence” di dalam Pengurusan Risiko, memperkukuhkan integriti petugas dan organisasi serta mengoptimumkan nilai projek-projek mega.

OBJEKTIF

 
  • Memastikan penerapan sistem ERM di dalam FELDA sejajar dengan ISO31000: 2009 secara holistik dan strategik.
  • Membudayakan Pengurusan Risiko dalam organisasi.
  • Memupuk nilai integriti tinggi di kalangan petugas FELDA.
  • Memperkukuhkan tadbir urus korporat dalam organisasi.
  • Mendapatkan nilai optima bagi fungsi, kos dan kualiti projek mega FELDA.
 
 

CABARAN

 
  • Pengharmonian amalan Pengurusan Risiko yang diperlukan untuk memudahkan penyatuan maklumat. Konsistensi dalam menetapkan pendekatan pengurusan Risiko meningkatkan kecekapan keseluruhan latihan pengurusan risiko menjadi sukar. Ia memerlukan sokongan padu dari pihak pengurusan organisasi.
  • Kelemahan sistem pemantauan dalam pelaksanaan prosedur mahupun pekeliling yang telah ditentukan untuk digunapakai.
  • Sikap keterbukaan stakeholders dalam projek mega yang bersikap “sceptical and defensive” sebelum pelaksanaan analisis Pengurusan Nilai.

FUNGSI DAN PERANAN

 

 Pengurusan Risiko
 
  • Bertindak sebagai fasilitator dalam menyelaras skop Pengurusan Risiko dalam organisasi berdasarkan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik.
 
 
Pengurusan Integriti
 
  • Bertindak sebagai penyelaras program berkaitan integriti dan penggerak inisiatif.
 
 
Pengurusan Nilai
 
  • Bertindak sebagai pemudah cara dalam projek Pengurusan Nilai serta memantau adaptasi cadangan yang telah disyorkan.
 
Pengurusan Risiko dan Integriti diaplikasikan dari Ibu Pejabat hingga ke peringkat Rancangan manakala Pengurusan Nilai lebih tertumpu bagi projek mega yang di uruskan oleh jabatan-jabatan di Ibu Pejabat.
 

TOP