Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Unit Komunikasi Korporat

Komunikasi Korporat dan Koordinasi

LATAR BELAKANG

 
Komunikasi Korporat ditubuhkan di FELDA pada November 2012, diikuti tambahan tugas-tugas Koordinasi pada Februari 2013, dan kini dikenali sebagai Unit Komunikasi Korporat dan Koordinasi. Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk mengurus dan memudahkan komunikasi dalaman dan luaran FELDA, di samping bertujuan untuk mencipta, meningkatkan dan mengekalkan reputasi positif FELDA. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Pengarah Besar FELDA. Peranan dan tanggungjawab jabatan meliputi lima (5) fungsi utama, iaitu perhubungan awam, pengurusan aduan dan hal ehwal parlimen, laporan dan penyelarasan, teknologi maklumat, media baharu, komunikasi dalaman dan pengurusan majlis.

OBJEKTIF

 
  • Merancang penjenamaan semula FELDA.
  • Menyalurkan maklumat secara efektif dan efisien melalui media cetak, media elektronik dan media baharu.
  • Meningkatkan imej FELDA selaras dengan misi dan visi FELDA.
  • Mengurus komunikasi dalaman dan luaran secara berkesan (surat edaran, laporan, e-mail, sms dan parlimen)
  • Pengurusan maklumat FELDA yang mampu capai (accessible).
  • Mengurus aduan berkaitan FELDA secara berpusat dan sistematik.
 
 

CABARAN

 
  • Pelaksanaan perancangan dan aktiviti yang melibatkan kos yang tinggi.
  • Meningkatkan penerimaan stakeholders terhadap transformasi yang dilaksanakan oleh FELDA
  • Meningkatkan sense of urgency dan kerjasama daripada jabatan-jabatan pelaksana terutama berkaitan aduan dan laporan supaya dikemukakan tepat pada waktunya.
  • Menguruskan perhubungan yang melibatkan masyarakat umum untuk meningkatkan persepsi positif mereka terhadap FELDA.
  • Penyelarasan peranan dan tanggungjawab jabatan yang kurang jelas mengakibatkan pertindihan dan konflik (task overlapping).

FUNGSI DAN PERANAN

 

jab komunikasi1

jab komunikasi2
 

TOP