Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Unit Audit Dalam

Audit Dalam

LATAR BELAKANG

Adalah menjadi dasar Kerajaan supaya diwujudkan satu Unit Audit Dalam di setiap Badan Berkanun bagi menjalankan satu fungsi bebas dalam memeriksa dan menilai aktiviti Badan Berkanun. Unit Audit Dalam dikehendaki memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah FELDA. Unit Audit Dalam mempunyai tanggungjawab dan peranan dalam memperkukuh akauntabiliti dan integriti dan seterusnya memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri kakitangan.

OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan keberkesanan proses tadbir urus, tahap pengurusan dan akauntabilti di FELDA.
  • Memberi pandangan bebas (independent) dan memberi kepastian (assurance) terhadap proses kawalan dalaman (internal controls) di pelbagai peringkat pengurusan FELDA iaitu Wilayah dan Rancangan. 
  • Memberi khidmat nasihat (consulting sevices) bertujuan memberi tambah nilai kepada pengurusan FELDA.
 
 

CABARAN

  • Petugas FELDA masih melakukan kesilapan yang berulang walaupun telah ditegur melalui sesi perjumpaan dan laporan pengauditan.
  • Pengetahuan, kefahaman, kemahiran petugas belum mencapai tahap “Sangat Baik”.
  • Pengurus Rancangan kurang mampu untuk melaksanakan tugas secara kreatif dan proaktif untuk meningkatkan tahap pengurusan rancangan.
  • Melaksanakan program Audit Rating System (ARAS) dengan berkesan supaya pengurusan wilayah dan rancangan memperoleh pengiktirafan “4 Bintang”.
  • Mengukur tahap pencapaian kerja yang boleh menjadi asas bagi bench-marking ke arah penambahbaikan.
  • Mencetuskan transformasi sikap kakitangan terhadap peranan, tugas dan tanggungjawab.
  • Menyemarakkan semangat persaingan dan kerja berpasukan dalam pengurusan harian untuk mencapai kecemerlangan.

FUNGSI DAN PERANAN

jab audit1

TOP