Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Pendidikan

Jabatan Pendidikan

LATAR BELAKANG

Modal insan merupakan satu elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Modal insan yang berkualiti akan memberi nilai tambah yang diperlukan oleh sesebuah negara yang sedang membangun bagi meningkatkan produktiviti yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Usaha ke arah penjanaan modal insan yang berkualiti mencakupi peranan utama bidang pendidikan. Kepesatan pembangunan negara sememangnya memerlukan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif dan inovatif untuk melaksanakan tanggungjawab pembangunan negara.

Bersesuaian dengan agenda transformasi, FELDA perlu melakukan penambahbaikan secara menyeluruh terhadap aspek pembangunan pendidikan asas di peringkat rendah dan menengah dalam kalangan generasi FELDA. Transformasi ini perlu dilaksanakan kerana beberapa faktor seperti berikut;
• Perubahan demografi pelajar di sekolah-sekolah dalam rancangan FELDA.
• Pengurangan enrolmen yang berlaku di lebih daripada 60 buah sekolah di rancangan yang telah menyebabkan status sekolah-sekolah ini ditukar kepada sekolah kurang murid (under enrollment school). Terdapat 20 sekolah mempunyai jumlah murid kurang daripada 70 orang (Critical Under Enrollment- CUE)

FELDA menyahut Pelan Strategik Interim Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2011-2020 dengan menubuhkan Jabatan Pendidikan FELDA bagi melaksanakan visi dan misi FELDA untuk melahirkan generasi FELDA yang inovatif, kreatif dan berfikiran glokal supaya mereka mampu membawa perubahan kepada masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

• Memberikan fokus yang menyeluruh terhadap aspek pembangunan pendidikan asas di peringkat rendah dan menengah.
• Memberikan peluang pendidikan (persekolahan) terbaik kepada warga FELDA dengan meletakkan kepentingan dan keutamaan keberhasilan pendidikan asas sebagai salah satu aspirasi pendidikan nasional.
• Memperluaskan kesedaran dan penglibatan ibu bapa dan komuniti terhadap program dan aktiviti pendidikan di sekolah-sekolah dalam rancangan FELDA.
• Memperkukuhkan disiplin dan memperkasakan jati diri serta meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam FELDA.
• Melonjakkan sekolah-sekolah dalam rancangan ke mercu kejayaan yang lebih besar.

CABARAN

 • Memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan di kalangan generasi baru FELDA yang bersekolah di Rancangan, MRSM-FELDA dan pelajar-pelajar yang tinggal di Asrama Semai Bakti FELDA.
• Melahirkan generasi FELDA yang berdisiplin dan berdaya saing.

FUNGSI DAN PERANAN

1
 
2

PROGRAM UTAMA

61
62

TOP