Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Pembangunan Komuniti

Pembangunan Komuniti

LATAR BELAKANG

 
Jabatan Pembangunan Komuniti merupakan teras kepada program transformasi FELDA yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Jabatan ini berperanan untuk menyediakan dasar, merancang dan melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan. Tanggungjawab berkaitan pembangunan komuniti dilaksanakan di wilayah dan rancangan.  Perancangan dan perlaksanaan program-program bagi pembangunan komuniti FELDA dan dilaksanakan oleh pembangunan komuniti dengan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan. Fokus utama ialah kepada kepimpinan dan penyatuan masyarakat, modal insan dan aspek pembangunan fizikal bagi menjamin kesejahteraan hidup warga FELDA.

PROGRAM

 
Program pembangunan komuniti dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi. Penekanan diberikan kepada pembangunan modal insan dalam usaha mewujudkan institusi masyarakat yang lebih mantap di samping memfokus kesejahteraan dan kehidupan warga peneroka yang berkualiti. Pembangunan komuniti FELDA secara menyeluruh dilaksanakan dengan menitikberatkan aspek pemerkasaan institusi peneroka dan penyatuan di kalangan warga peneroka. Usaha meningkatkan kualiti hidup peneroka akan terus dipergiatkan dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek pendidikan, kepimpinan, keibubapaan dan kesihatan untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang dan seterusnya menjadi komuniti contoh masyarakat luar bandar.

OBJEKTIF

 
  • Mengukuhkan Institusi Peneroka sebagai sebuah institusi yang berkesan.
  • Memperkemaskan kepimpinan peneroka untuk membantu kejayaan FELDA.
  • Menyatukan masyarakat peneroka agar seiring dengan aspirasi pengurusan FELDA.
  • Menjayakan transformasi komuniti di semua peringkat termasuk petugas dan peneroka.
  • Menyampaikan informasi kepada komuniti peneroka secara berterusan.
  • Merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan masyarakat peneroka.
  • Meningkatkan penglibatan generasi baru dalam pembangunan komuniti.
  • Merealisasikan warga peneroka sebagai komuniti contoh luar bandar.
  • Menguruskan kebajikan peneroka secara menyeluruh.
  • Menggalakkan warga FELDA mengamalkan budaya gaya hidup sihat.
  • Mewujudkan persekitaran perkampungan FELDA menjadi komuniti dalam taman yang dilengkapi dengan infrastruktur yang baik, lengkap dan terurus.
 
 

CABARAN

 
  • Memberi kesedaran kepada kepimpinan peneroka mengenai peranan dan tanggungjawab di rancangan.
  • Meningkatkan penyatuan komuniti peneroka.
  • Menangani isu dan aduan serta campur tangan pihak tertentu yang berkepentingan yang boleh menggugat kepercayaan masyarakat FELDA terhadap pihak pengurusan.
  • Menyampaikan informasi secara berkesan kepada semua warga FELDA.
  • Meningkatkan penglibatan warga FELDA dalam menguruskan kesihatan khususnya kepada warga emas.
  • Meningkatkan keceriaan kawasan kampung FELDA di setiap rancangan.
  • Melakukan aktiviti senaman/riadah termasuk warga emas di samping menjalani pemeriksaan kesihatan.
  • Memberikan kesedaran kepada ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.

AKTIVITI

 

 

PROGRAM LAWATAN KERUMAH PENEROKA

KURSUS KEPIMPINAN KETUA PENEROKA

   

Program ini dilaksanakan bagi merapatkan hubungan petugas
pembangunan komuniti wilayah dan rancangan dengan kepimpinan
JKKR dan GPW rancangan di samping mencari jalan menyelesaikan
isu dan aduan yang timbul di kalangan komuniti peneroka.

Pemilihan Ketua Peneroka dan Ketua Penerokawati bagi sesi
2014 - 2016 bermula bulan Oktober hingga Disember 2013.
Ketua peneroka dan pengerusi GPW wilayah akan dilantik selepas
pemilihan di peringkat rancangan diselesaikan. Kepimpinan
peneroka yang dilantik ini perlu diperkasakan dengan maklumat
dan hal ehwal FELDA dan juga kemahiran untuk memimpin warga
FELDA.
   

Objektif

Objektif

 

 
  • Mengeratkan perhubungan petugas FELDA dengan komuniti peneroka rancangan.
  • Mengesan isu dan aduan di peringkat rancangan.
  • Mencari penyelesaian isu dan aduan di peringkat rancangan.
  • Merapatkan jurang perbezaan pendapat di dalam masyarakat rancangan khususnya yang berbeza ideologi politik 
  • Membentuk pemimpin peneroka yang lebih bermaklumat dan berkebolehan.
  • Membina rangkaian hubungan di antara semua kepimpinan rancangan.
  • Menggerak ketua peneroka dan penerokawati ke arah kepimpinan dan penyatuan semua warga FELDA.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti6 jab komuniti7
   
Tindakan Tindakan
   
  • Memastikan laporan lawatan disediakan setiap bulan oleh wilayah dan rancangan.
  • Wilayah dan rancangan mengatur jadual program lawatan.
  • Memastikan bilangan rumah yang dilawati menepati jadual.
  • Mengenalpasti isu dan masalah yang perlu diselesaikan.
  • Pihak ibu pejabat perlu bekerjasama dengan pengurusan wilayah dan rancangan untuk kelancaran program.
  • Memantau dan memastikan perjalanan kursus dilaksanakan dengan teratur.
  • Memastikan semua kepimpinan peneroka menghadiri kursus tersebut.
   
   
KPI KPI
   
  • Lawatan sebanyak 20 buah rumah seminggu dan 80 buah rumah sebulan.
  • Program dilaksanakan bulan Mac 2014.
  • Semua ketua peneroka dan penerokawati dari 317 rancangan menyertai program.
  • Pemilihan modul yang sesuai dengan keperluan dan masa.
   
   
PROGRAM AUDIT SOSIAL PROGRAM TURUN PADANG TANGANI ISU
(TERPIS)
   
Program ini bertujuan untuk memastikan semua aktiviti kerja
Jabatan Pembangunan Komuniti dilaksanakan oleh kesemua 317
buah rancangan dalam 11 wilayah, maka pengauditan rancangan
perlu dilaksanakan. Program Audit Sosial di bawah Unit Institusi
Peneroka dibentuk dan ditugaskan membuat lawatan ke
rancangan untuk membuat pemeriksaan, penilaian, pemantauan
dan membantu wilayah menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh
rancangan terlibat.
Penerangan yang jelas berkaitan dasar FELDA dan sesi dialog
perlu dilaksanakan untuk mengelak berlaku salah faham dan
tafsiran yang berbeza dikalangan masyarakat rancangan. Isu yang
sering dibangkitkan berkaitan program tanam semula sawit dan
getah, kaedah penggredan dan penetapan harga Buah Tandan
Segar (BTS), perumahan warga FELDA dan pengurusan akaun
peneroka.
   
Objektif Objektif
   
  • Memastikan aktiviti-aktiviti komuniti dirancangan dilaksanakan selari dengan perancangan Jabatan Pembangunan Komuniti.
  • Memastikan semua program yang dilaksanakan didokumentasikan serta dibuat penilaian keberkesanan program.
  • Mengenalpasti isu dan aduan dibangkitkan diambil tindakan penyelesaian.
  • Membantu pengurusan wilayah dan rancangan dalam menggerakkan aktiviti badan-badan peneroka selaras dengan halatuju pengurusan FELDA.
  • Menjawab dan memberikan maklumbalas yang tepat kepada
    warga FELDA mengenai isu yang dibangkitkan.
  • Menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini FELDA
    kepada warga FELDA.
  • Meningkatkan kefahaman warga FELDA terhadap usahausaha
    transformasi FELDA.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti8 jab komuniti9
   
Tindakan Tindakan
   
  • Ibu Pejabat menyedia dan mengedarkan garis panduan.
  • Ibu Pejabat meyediakan jadual lawatan pemeriksaan.
  • Ibu Pejabat membuat lawatan pemeriksaan mengikut jadual yang telah ditentukan.
  • Kerjasama wilayah diperlukan untuk mendapat maklumat ranking audit rancangan.
  • Mengumpul, menyelaras dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan.
  • Isu yang perlu rujukan diselesaikan dan dimaklumkan kepada yang terlibat.
  • Kerjasama jabatan-jabatan terlibat untuk menjayakan program.
   
   
KPI KPI
   
  • Lawatan pemeriksaan dilaksanakan setiap hari Selasa.
  • Lawatan dua rancangan seminggu.
  • Satu program dilaksanakan di setiap wilayah setahun.
   
   
PROGRAM FELDA DIHATI JANJI DITEPATI KURSUS PEWARISAN
   
Pengurusan FELDA telah mengambil inisiatif untuk turun padang
berjumpa dengan kepimpinan dan warga FELDA. Ianya dapat
merapatkan hubungan antara pengurusan dan warga FELDA.
Ianya juga merupakan sesi terbaik warga FELDA untuk meluahkan
permasalahan yang dihadapi dan mendapatkan maklumatmaklumat
baru berkenaan FELDA. Jabatan Pembangunan
Komuniti mengadakankan program ini untuk menyatukan warga
FELDA seterusnya untuk mencapai teras FELDA iaitu komuniti
FELDA sebagai komuniti contoh luar bandar.
Pewarisan merupakan perkara yang amat penting diuruskan oleh
waris simati selepas berlakunya kematian. Di rancangan terdapat
kes pewarisan tidak dapat diselesaikan kerana kekurangan ilmu.
Kursus ini juga penting untuk dilaksanakan sebagai pendedahan
agar permasalahan berkaitan aspek ini tidak terus berlarutan.
   
Objektif Objektif
   
  • Perjumpaan warga FELDA bersama pengurusan FELDA.
  • Penyelesaian aduan dan isu secara terus kepada jabatan yang terlibat.
  • Lawatan mesra ke rumah peneroka uzur.
  • Penyatuan komuniti melalui program sukan rakyat dan kenduri sekampung.

 

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang pewarisan kepada warga FELDA.
  • Memahami proses permohonan bicara kuasa.
  • Memberi kefahaman tugas dan tanggungjawab pengganti atau pentadbir.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti10 jab komuniti11
   
Tindakan Tindakan
   

 

  • Memastikan pelaksanaan program seperti yang dirancang.
  • Pihak wilayah perlu berkerjasama dengan pengurusan rancangan untuk pelaksanaan program berjalan lancar.
  • Semua jabatan yang terlibat perlu memberi bekerjasama terhadap program yang dilaksanakan.
  • Mengumpul dan menyelaras isu yang perlu penyelesaian diperingkat ibu pejabat.
  • Merancang tarikh dan tempat kursus.
  • Melaksanakan program disetiap wilayah.
  • Berbincang dengan Jabatan Tanah dan Galian.
  • Memastikan kehadiran peserta menepati sasaran.
   
   
KPI KPI
   

 

  • Program dilaksanakan dua kali setahun bagi setiap wilayah.
  • Kursus dilaksana di seluruh wilayah FELDA dan dilaksanakan pada suku tahun pertama dan kedua.
   
   
PROGRAM BELAJAR SAMBIL MELAWAT UNTUK
KETUA PENEROKA.
PROGRAM PENERAPAN TEKNOLOGI SAWIT
   
Kepimpinan peneroka dan penerokawati yang cemerlang merupakan
penyokong kepada usaha transformasi FELDA. Program
lawatan dicadangkan bagi menambah ilmu pengetahuan kepada
pemimpin peneroka untuk kemajuan dan pembangunan rancangan.
Program anjuran FELDA bersama FELDA Agricultural Services
Sdn Bhd (FASSB) ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
dan pengetahuan baru berkenaan teknologi terkini yang telah berjaya
dihasilkan oleh FELDA khususnya dalam bidang kelapa sawit
kepada golongan sasar iaitu warga FELDA dan pengurusan rancangan.
Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan hasil
dan mutu pengeluaran sawit ladang peneroka.
   
Objektif Objektif
   

 

  • Memberi pengetahuan kepada pemimpin peneroka dan penerokawati.
  • Membuka minda pemimpin untuk berfikiran positif dan lebihproduktif.
  • Mengeratkan hubungan antara pemimpin peneroka dan penerokawatiwilayah.
  • Memberikan pendedahan berkenaan teknologi baru hasil penemuan R & D syarikat FASSB kepada golongan sasar iaitu peneroka dan kakitangan di rancangan.
  • Membantu meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran sawit ladang peneroka dan FELDA.
  • Mempromosi produk terkini FASSB kepada peneroka dankakitangan.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti12 jab komuniti13
   
Tindakan Tindakan
   
  • Merancang tarikh dan tempat lawatan.
  • Aspek lawatan yang menjadi tumpuan.
  • Perbincangan dengan pengurusan lokasi lawatan.
  • Pembahagian kumpulan lawatan mengikut wilayah.

 

  • Pihak ibu pejabat memastikan pelaksanaan modul yang dirancang.
  • Pengurusan wilayah memantau pihak rancangan dalam urusan kehadiran peserta dan perjalanan program.
  • Pihak rancangan perlu memastikan kehadiran peserta ke program.
   
   
KPI KPI
   
  • Lawatan dilaksanakan dua kali setahun.

 

  • Program dijalankan di lima wilayah setiap suku tahun.
   
   
KEMBARA WAYANG PADANG ANUGERAH KECERIAAN KAMPUNG FELDA
   
Kembara Wayang Padang FELDA adalah program yang berunsur
kemasyarakatan yang pernah dilaksanakan pada awal penubuhan
FELDA. Program ini dapat menyatukan warga FELDA di segenap
peringkat umur dan seterusnya meningkatkan semangat
kerjasama di dalam rancangan. Hubungan erat di antara golongan
yang lebih berusia dengan generasi baharu dapat diwujudkan
melalui aktiviti ini. Program wayang padang dilaksanakan dengan
kerjasama Ikatan Seni Komuniti Anak FELDA (ISKAF).
Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) diperkenalkan
mulai tahun 2007. Program keceriaan kampung adalah meliputi
penyediaan landskap, kebersihan rancangan, pengurusan
bangunan awam, aktiviti kemasyarakatan, pengurusan sampah,
pelaksanaan edible garden, susun atur kawasan perniagaan,
projek ekonomi dan lain-lain. AKKF diberi kepada rancangan
terbaik yang berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan
keindahan kawasan kampung dengan cemerlang. Juara AKKF
menerima hadiah RM1 juta dan diumumkan sempena Hari
Peneroka Kebangsaan.
   
Objektif Objektif
   
  • Menyediakan ruang pertemuan seluruh warga FELDA tanpa mengira aliran politik.
  • Menyampaikan maklumat yang tepat dan benar kepada warga peneroka berkaitan program pembangunan FELDA.
  • Menyediakan aktiviti yang berfaedah kepada generasi baharu secara tersusun dan terancang.
  • Menggerakkan seluruh warga FELDA ke arah kepimpinandan penyatuan
  • Menjadikan komuniti FELDA sebagai komunit contoh luar bandar melalui program kebersihan dan keindahan kampung.
  • Menceriakan rancangan FELDA supaya semua rancangan layak untuk bertanding dalam Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF).
  • Meningkatkan kebersihan dan keceriaan kawasan kampung serta menjadikan rancangan FELDA contoh komuniti luar bandar.
  • Membentuk komuniti yang ceria, bersatu padu dan harmoni serta mengamalkan budaya bersih, indah dan bebas dari gejala sosial.
  • Menukar wajah perkampungan FELDA menjadi Komuniti Taman dan dilengkapi dengan infrastruktur yang baik dan terurus.
  • Menjadikan kawasan perkampungan FELDA bersih dan mesra alam, jauh dari punca penyakit.
  • Menyemai nilai positif di kalangan masyarakat untuk mencapai tahap kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih sempurna.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti14 jab komuniti15
   
Tindakan Tindakan
   
  • Menjalankan program tayangan wayang padang di setiap rancangan.
  • Tayangan wayang diadakan di padang atau dewan oleh Kumpulan ISKAF.
  • Tayangan filem bertemakan patriotik dan semangat cintakan negara serta yang boleh menarik minat semua golongan.
  • Dipertengahan tayangan, sesi penerangan berkaitan maklumat FELDA akan disampaikan samada oleh wakil ibu pejabat, wilayah, JKPP atau pemimpin rancangan.
  • Mengadakan bersama program Karnival Ekspresi Komuniti untuk memeriahkan suasana dan menarik minat warga FELDA menghadiri program.
  • Memastikan penilaian AKKF dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Pengurusan wilayah perlu memastikan semua rancangan menyertai program keceriaan kampung dan tidak dibenarkan hanya menetapkan beberapa rancangan sahaja.
  • Pengurusan wilayah perlu menyediakan ranking peringkat wilayah
  • Pengurusan rancangan perlu melaksanakan program keceriaan di rancangan.
  • Pengurusan rancangan perlu memastikan semua lapisan masyarakat di rancangan bekerjasama dalam menceriakan kawasan kampung.
   
   
KPI KPI
   
  • Setiap rancangan hendaklah menganjurkan sekurang- kurangnya sekali setahun dengan mendapat kerjasama Jabatan Pembangunan Komuniti
  • Setiap wilayah menganjurkan satu program Kembara Wayang Padang Perdana yang melibatkan Program Karnival Ekspresi Komuniti di lokasi zon yang sesuai.
  • Memastikan semua rancangan layak bertanding dalam Anugerah Keceriaan Kampung FELDA.
   
   
PROGRAM PENINGKATAN KECERIAAN
KAMPUNG FELDA
PROGRAM PEMANTAPAN KECERIAAN
KAMPUNG FELDA
   
Program Peningkatan Keceriaan Kampung dilaksanakan
terhadap rancangan yang mempunyai markah terendah dalam
penilaian AKKF peringkat Wilayah.
Program Pemantapan Keceriaan Kampung FELDA diadakan
untuk 10 rancangan finalis Anugerah Keceriaan Kampung FELDA
(AKKF) tahun 2013.
   
Objektif Objektif
   
  • Menceriakan rancangan FELDA supaya semua rancangan ayak untuk bertanding dalam Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF).
  • Memberi kefahaman kepada petugas sosial mengenai keperluan kerja keceriaan kampung yang harus dijalankan bagi meningkatkan keceriaan rancangan.
  • Memantapkan lagi keceriaan semua rancangan yang telah menerima anugerah finalis pada tahun ini.
  • Mengekalkan keceriaan dari segi penyelenggaraan dan susun atur lanskap di rancangan.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti16 jab komuniti17
   
Tindakan Tindakan
   
  • Pihak ibupejabat mengadakan pemantauan perlaksanaan program.
  • Pengurusan wilayah dan rancangan perlu memastikan program ini dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
  • Pengurusan wilayah dan rancangan perlu memastikan perubahan dilakukan di rancangan seperti yang telah di rancangkan.
  • Rancangan perlu menyediakan pelan tindakan Keceriaan Kampung FELDA (AKKF).
  • Pengurusan rancangan boleh menggunakan khidmat konsultan atau merujuk kepada Jabatan Pembangunan Komuniti dan wilayah.
  • Pihak ibupejabat mengadakan pemantauan perlaksanaan program.
  • Pengurusan wilayah dan rancangan perlu memastikan program ini dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
  • Pengurusan wilayah dan rancangan perlu memastikan 10 rancangan terbaik ini mengekalkan keindahan kawasan kampung dan seterusnya memantapkan keceriaan kawasan kampung.
  • Rancangan perlu menyediakan pelan tindakan atau perancangan perubahan yang akan dilaksanakan.
  • Pengurusan rancangan boleh menggunakan khidmat pakar dalam bidang lanskap untuk menyediakan pelan keceriaan kampung.
   
   
KPI KPI
   

 

  • Wilayah hendaklah memastikan rancangan yang terlibat
    dalam program peningkatan AKKF pada tahun sebelumnya
    tidak tersenarai pada tahun hadapanya.
  • Wilayah hendaklah memastikan 10 rancangan terbaik
    tersebut layak untuk penyertaan pada tahun hadapan
    sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.
   
   
BENGKEL PEMBELAJARAN PUSAT LITERASI
KELUARGA (PLK)
TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
BERSEPADU PUSAT LITERASI KELUARGA FELDA.
   
Bengkel pembelajaran diadakan bagi mendedahkan peserta dengan
pelbagai kemahiran yang dapat membantu para penggalak
pembaca Pusat Literasi Keluarga (PLK) FELDA. Pengisian bengkel
yang menarik dan sangat berinformasi membantu penggalak
pembaca dalam mendidik kanak-kanak PLK setelah pulang ke
wilayah masing-masing.
Pembinaan taman permainan kanak-kanak di PLK dapat membantu
para pelajar PLK dalam melakukan aktiviti riadah dan
mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Pembinaan taman
permainan kanak-kanak tersebut akan dilakukan di Pusat Literasi
Keluarga (PLK) yang mempunyai bilangan pelajar teramai serta
keluasan tempat yang sesuai.
   
Objektif Objektif
   
  • Memberi pendedahan baharu terhadap cara pembelajaran
    yang lebih efektif dan interaktif kepada Penggalak Pembaca.
  • Pembinaan taman permainan kanak-kanak bersepadu di
    PLK setiap wilayah bertujuan untuk memberi kemudahan
    dan keselesaan kepada pelajar-pelajar PLK untuk melakukan
    aktiviti riadah.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti18 jab komuniti19
   
Tindakan Tindakan
   
  • Memperkenalkan penggunaan alat bantuan mengajar “ABC Monsters - Interactive Edutainment Programs” kepada Penggalak Pembaca (Guru) Pusat Literasi Keluarga (PLK) FELDA.
  • Mengagihkan alat bantuan mengajar ABC Monsters “Interactive Edutainment Programs” ke semua PLK FELDA seluruh Malaysia.
  • Memantau kegunaan dan penerimaan pelajar terhadap bahan pembelajaran yang telah dibekalkan.
  • Mengadakan bengkel pembelajaran untuk penggalak pembaca dan SDA bagi memastikan kegunaan bahan pembelajaran adalah selaras dan pemahaman terhadap bahan yang disediakan adalah secara menyeluruh.

 

  • Wilayah harus mengenalpasti pusat yang sesuai untuk dibina taman permainan kanak-kanak bersepadu.
  • Pengurus rancangan harus memastikan terdapat kawasan yang bersesuaian berdekatan Pusat Literasi Keluarga di rancangan tersebut untuk dibina taman permainan kanak-kanak bersepadu bagi pelajar PLK.
  • Pemantauan oleh pegawai bagi memastikan pemasangan peralatan taman permainan tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
   
   
KPI KPI
   
  • Mensasarkan penggunaan alat bantu mengajar ABC Monsters
    “Interactive Edutainment Programs” dalam sesi pembelajaran
    di semua PLK FELDA.
  • Setiap wilayah bakal menerima sekurang-kurangnya sebuahtaman permainan kanak-kanak bersepadu Pusat Literasi Keluarga (PLK) FELDA.

 

   
   
TABUNG KEBAJIKAN PENEROKA HARI PENEROKA FELDA
PERINGKAT KEBANGSAAN.
   
Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang
menghidapi penyakit kronik, bencana alam dan pembelian
peralatan untuk kecacatan yang di sebabkan kemalangan dan
sebagainya. Bantuan ini diperlukan kerana dari masa ke semasa
terdapat peneroka atau ahli keluarganya membuat rayuan kepada
orang ramai untuk mendapat bantuan. dimana sumbangan ini
diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa
dipikul oleh mereka.
Sambutan Hari Peneroka merupakan acara tahunan FELDA yang
disambut pada 7 Julai setiap tahun sebagai tanda pengiktirafan
kepada seluruh warga peneroka yang bersama-sama
membangunkan tanah rancangan. Sambutan ini akan dapat
menyatukan warga peneroka dengan menghimpunkan warga
peneroka seluruh pelusuk negeri yang telah banyak menyumbang
kepada kemajuan FELDA.
   
Objektif Objektif
   
  • Membantu membiayai kos rawatan dan perubatan kepada peneroka, isteri atau tanggungannya yang menghidap penyakit kronik.
  • Membantu di atas kesulitan peneroka, isteri atau tanggungannya akibat bencana alam yang menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda.
  • Membantu membeli peralatan seperti kerusi roda atau anggota palsu bagi peneroka, isteri atau tanggungannya yang mengalami kecacatan kekal dan separuh kekal.
  • Meraikan warga peneroka dan menggerakkan seluruh warga FELDA ke arah kepimpinan dan penyatuan.
  • Merapatkan hubungan antara pihak pengurusan FELDA dengan warga peneroka.
  • Memberi ruang kepada warga peneroka untuk bersamakepimpinan tertinggi FELDA iaitu Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.
  • Menyampaikan informasi terkini kepada seluruh warga peneroka.
  • Memberi penghargaan kepada pemimpin dan warga peneroka di rancangan melalui Anugerah Kecerian Kampung FELDA (AKKF)
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti20 jab komuniti21
   
Tindakan Tindakan
   
  • Pengurus rancangan mengenal pasti peneroka yang memerlukan bantuan dan
  • Memajukan permohonan ke peringkat wilayah.
  • Pihak wilayah menyemak dan memastikan borang yang dihantar lengkap dan dimajukan ke ibupejabat.
  • Mengadakan mesyuarat kelulusan permohonan di peringkat ibupejabat.
  • Penyediaan rekod diperingkat wilayah dan rancangan.
  • Pihak ibu pejabat memastikan persiapan logistik untuk majlis tersebut.
  • Ibu pejabat akan memastikan pengisian majlis Hari Peneroka dilaksanakan seperti yang dirancang.
  • Wilayah perlu menyelaras dan memantau penyertaan dan penglibatan warga peneroka kemajlis tersebut.
  • Pengurusan rancangan perlu memastikan kehadiran wargapeneroka ke majlis tersebut seperti yang ditentukan oleh pihak ibu pejabat.
   
   
KPI KPI
   
  • Mesyuarat kelulusan permohonan tabung kebajikan hendaklah
    diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
  • Sambutan Hari Peneroka FELDA dilaksanakan sekali setahun.
   
   
SUKAN WARGA FELDA PROGRAM SIHAT FELDA
   
Sukan Warga FELDA merupakan acara sukan tahunan yang diadakan
sebagai platform untuk warga FELDA menyerlahkan
bakat sukan di rancangan FELDA. Melalui aktiviti ini kebolehan
mereka dapat diketengahkan untuk menyertai pertandingan ke
peringkat lebih tinggi dan lebih berprestij. Sukan ini turut memberi
peluang kepada warga FELDA bagi mengeratkan hubungan
silaturahim dan berkenalan rapat di samping memeriahkan acara
– acara yang dipertandingkan.
Program ini akan memberi kesedaran kepada seluruh warga
FELDA mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dimana ianya
adalah aset paling bernilai. Budaya menghargai kesihatan ini
akan mempengaruhi warga FELDA untuk meneruskan kehidupan
secara harmoni dan seterusnya dapat mempengaruhi keluarga
mereka bagi sama-sama mengamalkan budaya hidup sihat.
   
Objektif Objektif
   
  • Memupuk budaya bersukan dari kalangan warga FELDA.
  • Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan untuk diketengahkan.
  • Mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dari kalangan warga FELDA keseluruhannya.
  • Mempelbagaikan aktiviti generasi baru bagi mengurangkan penglibatan mereka dalam gejala sosial di rancangan.
  • Memberi kesedaran kepada warga FELDA berkenaan pentingnya menjaga kesihatan.
  • Menjadikan warga FELDA berada dalam keadaan sihat dan produktif melalui amalan gaya hidup yang sihat di rancangan FELDA.
  • Mempromosi pakej Intervensi Faktor Risiko Penyakit iaitu pemakanan sihat, aktiviti fizikal, minda sihat dan tubuh badan yang sihat.
   
Pelaksanaan Pelaksanaan
   
jab komuniti22 jab komuniti23
   
Tindakan Tindakan
   
  • Ibu pejabat perlu merancang acara dan jadual program tersebut.
  • Ibu pejabat perlu memastikan semua pertandingan disertai oleh semua Wilayah termasuk 1 kontijen Ibu Pejabat dan 1 Kontijen Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi FELDA (PERSADA).
  • Pengurusan Wilayah perlu melaksanakan Sukan Warga FELDA di peringkat Wilayah.
  • Pihak rancangan hendaklah memastikan kehadiran peserta yang terlibat.
  • Mengadakan Program Sihat FELDA di semua rancangan.
  • Memastikan pengisian utama program untuk mengadakan pemeriksaan, pameran dan ceramah kesihatan.
  • Melaksanakan aktiviti fizikal seperti senamrobik dan sukan.
  • Pihak rancangan perlu melibatkan komuniti FELDA dari rancangan berhampiran untuk menyertai program.
   
   
KPI KPI
   
  • Sukan Warga FELDA hendaklah dilaksanakan sekali setahun.
  • Program ini perlu dilaksanakan sekali di setiap rancangan.
   
   
PENERBITAN DAN DOKUMENTASI
 
Penerbitan dan dokumentasi bertujuan untuk mengumpul, menyimpan, menerbit dan mengedarkan maklumat dan peristiwa FELDA di samping menjadi penghubung antara pengurusan FELDA dan warga peneroka umumnya. Maklumat yang didapati adalah daripada pelbagai sumber melibatkan jabatan-jabatan di FELDA, wilayah, rancangan, warga peneroka, suratkhabar 1Suara dan Sisipan Utusan. Semua penerbitan dan dokumentasi disimpan di Perpustakaan FELDA dan Balai Sejarah FELDA.
 
Objektif
 
  • Menyelaras dan menyediakan berita dan rencana yang akan diterbitkan.
  • Memberi maklumat terkini kepada warga FELDA terutama warga peneroka.
  • Menghebahkan berita, aktiviti dan peristiwa terkini FELDA untuk tatapan Warga FELDA dan masyarakat umum.
  • Berfungsi sebagai alat perhubungan antara pengurusan FELDA dan warga peneroka.
  • Mendokumentasi peristiwa dan maklumat terkini FELDA.
 
Pelaksanaan
 
jab komuniti24
 
Tindakan
 
  • Pihak ibu pejabat perlu mengenal pasti bahan penerbitan yang sesuai untuk didokumentasikan.
  • Pemantauan hasil penerbitan dilakukan oleh pihak ibu pejabat untuk memastikan system pengedaran yang teratur.
  • Pihak wilayah dan rancangan perlu mendapatkan bahan penerbitan yang sesuia untuk disumbangkan kepada pihak ibu pejabat.
  • Pengurusan wilayah dan rancangan perlu memastikan hasil penerbitan sampai kepada golongan sasaran.
 
 
KPI
 
  • Menerbit dan mengedarkan Majalah Peneroka setiap suku tahun dengan kadar 4 kali setahun.
  • Menerbitkan sekurang-kurang satu penerbitan buku atau coffee table book.
 
 

RUMUSAN

Kesedaran dan perpaduan yang utuh dalam komuniti FELDA merupakan pemangkin dalam menjayakan program visi dan misi FELDA menjelang tahun 2020. Kejayaan ini adalah hasil daripada perancangan dan strategi yang dilaksanakan dengan teliti, berfokus dan istiqamah.

Penerapan nilai-nilai kepimpinan dan penyatuan dalam program yang dilaksanakan boleh mewujudkan perpaduan di kalangan komuniti peneroka. Program ini juga dapat menyokong program Transformasi FELDA di semua peringkat untuk menjamin komuniti peneroka dan organisasi FELDA terus membangun dengan cemerlang.

 

TOP