.:: PEMBANGUNAN > HARTANAH > TAMAN REKREASI AIR PANAS
Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sg. Klah

Kawasan seluas lebih kurang 15 ekar di FELDA Sg. Klah telah dimajukan sebagai taman rekreasi air panas. Penyediaan kemudahan Fasa 1 dan 2 iaitu kolam utama, waterfall, rockscape, gazebo, board walk, reflective pool, bilik persalinan, gerai makan, surau, taman terapi dan kolam terapi telah siap sepenuhnya pada April 2004.

Pada tahun 2004 seramai 102,692 orang pelawat telah mengunjungi Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah ini, termasuk seramai 371 orang pelawat dari luar negara. taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah ini telah dimasukkan dalam senarai destanasi yang dipromosi oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan dalam program Cuti-cuti Malaysia. Usaha sedang dibuat untuk menambahkan lagi kemudahan seperti Calet, Asrama dan Jakuzi bagi memenuhi permintaan pelawat.

FELDA
Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2693 5066 Fax: 03-2692 0087

PENAFIAN : FELDA  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.